NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

TunM dan Mukhriz disiasat ikut peruntukan dua akta

Kenderaan yang membawa Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG), Tun Dr Mahathir Mohamad tiba di Yayasan Kepimpinan Perdana jam 2.16 petang tadi untuk diambil keterangan oleh pihak polis berhubung isu perarakan Ahli Parlimen pembangkang ke bangunan Parlimen pada 2 Ogos lalu. FOTO MOHD FADLI HAMZAH
Putrajaya: Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Tun Dr Mahathir Mohamad dan anaknya yang juga Ahli Parlimen Jerlun Datuk Seri Mukhriz Mahathir akan disiasat mengikut peruntukan dua akta.

Perkara itu dimaklumkan dalam satu kenyataan oleh peguam mereka iaitu Mior Nor Haidir Suhaimi dan Muhammad Rafique Rashid Ali.

Artikel Berkaitan
17 Ahli Parlimen pembangkang diambil keterangan
Gani Patail, Madinah antara individu yang dipanggil PM
Parti Tun M, Pejuang didaftarkan
Giliran tiga lagi Ahli Parlimen beri keterangan
"Pada hari ini antara jam 2.45 hingga 3.30 petang, empat orang pegawai polis dari Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman hadir di Yayasan Kepimpinan Perdana (YKP), berkaitan satu siasatan mengenai perhimpunan di Dataran Merdeka pada 2 Ogos lalu.

"Ketika sesi memberikan keterangan kepada pihak polis itu, kedua mereka memberikan kerjasama sepenuhnya dan menyatakan akan menjawab segala pertuduhan apabila hadir di mahkamah.

"Siasatan dijalankan mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012 dan Akta Pencegahan & Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, dua kenderaan membawa empat pegawai polis dari Bukit Aman dilihat meninggalkan YKP pada jam 3.43 petang selepas lebih sejam merakamkan keterangan Dr Mahathir dan Mukhriz.

Awal petang tadi Timbalan Presiden Pejuang Datuk Marzuki Yahya dilihat memasuki YKP sebelum disusuli Mukhriz pada jam 2.07 petang manakala kereta jenis Lexus berwarna hitam membawa Mahathir kemudiannya dilihat memasuki perkarangan YKP pada jam 2.16 petang.

Media sebelum ini melaporkan beberapa Ahli Parlimen pembangkang hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi bagi memberikan keterangan berhubung isu sama.

Antaranya ialah Ahli Parlimen Ipoh Barat M Kula Segaran, Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar, Ahli Parlimen Pulai Datuk Seri Salahuddin Ayubdan Ahli Parlimen Puchong Gobind Singh Deo.

- HMetro


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo