Fieya mengaku sudah lama menyimpan niat untuk berhijab namun terikat dengan komitmen bersama penaja busana. Foto Ihsan Fieya Julia |
KUALA LUMPUR: Tampil berhijab, penyanyi Fieya Julia memohon doa peminat agar dirinya istiqamah.
Fieya atau nama sebenar, Nur Syafiyah Sejali, berkata hajat untuk berhijab sudah lama tersimpan dalam hati.
"Sebelum ini, Fieya simpan hasrat bertudung. Malah, sesekali Fieya cuba berhijab. Cuma Fieya tidak kongsi dalam media sosial.
"Ketika itu, Feiya ragu-ragu. Lagipun, sebelum ini, Feiya terikat dengan komitmen tajaan pakaian yang digunakan ketika membuat persembahan dan penggambaran video muzik.
"Mengikut perjanjian, Fieya mesti muat naik semua foto itu di media sosial. Jadi, Fieya tidak mahu apabila berhijab dan semua foto itu dipadamkan, ia menimbulkan rasa kurang senang penaja," katanya kepada BH Online.
Namun, selepas nekad berhijrah, Fieya bukan sahaja berkongsi imej baharunya dalam media sosial, malah, memadam semua foto dirinya tidak bertudung.
"Fieya mula berhijab Jumaat lalu. Fieya memutuskan memadam semua foto Fieya yang tidak bertudung dalam semua media sosial. Gambar tidak bertudung dalam telefon bimbit pun Fieya padam.
"Fieya memohon kepada mana-mana pihak yang masih menyimpan foto Fieya yag tidak berhijab agar memadamkannya," katanya.
Fieya turut memohon maaf kepada penaja kerana terpaksa memadam gambar penampilan lamanya.
"Namun, Fieya masih mahu bekerjasama dengan mereka dengan penampilan baharu," katanya yang mula dikenali melalui lagu Perasaanku ini.
Berkongsi kisah di sebalik penghijrahannya itu, penyanyi berusia 21 tahun ini mengaku bertemu ketenangan.
"Sebelum ini, Fieya selalu tertekan terutama hal yang membabitkan kerja. Tiada semangat dan mudah rasa kecewa tanpa sebab.
"Biarpun solat, Fieya masih rasa kekurangan dalam diri. Bagaimanapun, selepas berhijab, banyak benda negatif Fieya boleh kawal dengan tenang.
"Fieya juga semakin bersemangat dan rasa lebih selamat. Sebelum ini, sering rasa terganggu. Keadaan yang berlaku sekeliling ketika ini juga membuka hati untuk Fieya bertudung," katanya.
Fieya berharap perubahan itu kekal dan memohon doa semua pihak agar dia tabah berdepan dengan cabaran mendatang.
"Cabaran berhijab bagi artis sangat besar. Malah, sampai sekarang rasa ragu-ragu dengan keputusan yang dibuat itu timbul terutama apabila melihat foto lama.
"Disebabkan itu, saya padam foto tidak bertudung. Saya tidak mahu simpan. Saya juga mengelak kerap bermain dengan media sosial supaya tidak tergoda dengan foto lama.
"Fieya harap semua orang dapat doakan. Bukan sahaja kekal berhijab, malah menjaga penampilan mengikut syariat wanita bertudung," katanya yang bakal muncul dengan single baharu berjudul Halusinasi, akhir bulan ini.
- BH
............oo000oo...........
PENAFIAN
1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
No comments
Post a Comment