NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

𝐏𝐄𝐑𝐋𝐔𝐊𝐀𝐇 Tok Mat kecewa sekarang?

Setelah berlalunya beberapa hari selepas perlantikan kabinet menteri yang baru, tekanan yang dihadapi oleh Dato' Seri Ismail Sabri dilihat semakin meningkat dan baru-baru ini salah seorang kepimpinan UMNO menyebut bahawa ada orang yang ingin membunuh karier politiknya ekoran tidak dilantik sebagai menteri.

Sepatutnya sebagai seorang Islam, tidak menerima sebarang jawatan adalah merupakan satu kelegaan kerana tidak ditimpakan dengan beban amanah dan tanggungjawab yang berat dan bukannya menyalahkan orang lain kerana tidak dilantik.

Ini yang berlaku kepada Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan yang telah mencetuskan spekulasi apabila mengeluarkan kenyataan terdapat pihaknya yang mahu menamatkan karier politiknya.

Sebagaimana yang telah berlaku, ada pihak yang mahukan supaya jumlah kabinet Malaysia dikecilkan dan dalam masa sama ada yang kecewa kerana tidak dilantik, samada merasakan dirinya lebih hebat dari orang lain atau merasakan orang lain tidak layak sepertimana dirinya.

Salah satunya adalah dengan tiadanya jawatan Timbalan Perdana Menteri ini kerana sukar untuk membuat pilihan ekoran ramai yang merasakan diri mereka tersangat layak duduk di kerusi tersebut dan adanya penyakit gila jawatan dan kalau ini berterusan berlaku, UMNO pasti akan mengalami suasana yang suram menjelang pilihanraya umum ke-15.

𝘗𝘰𝘪𝘯𝘵 𝘰𝘧 𝘷𝘪𝘦𝘸-nya sekarang adalah setiap kepimpinan politik harus memberikan kerjasama untuk memperbaiki semula negara yang telah rosak selama berada di bawah pentadbiran 22 bulan Pakatan Harapan selain menangani masalah Covid-19 dan meningkatkan taraf ekonomi rakyat serta memastikan kelestarian setiap kaum di Malaysia.

Sekarang bukan masa untuk menjatuhkan kepimpinan negara yang telah dipersetujui oleh Yang Dipertuan Agong itu sendiri kerana masing-masing dari setiap kepimpinan mempunyai peranan penting untuk memastikan Malaysia berjaya mengharungi arus menuju kegemilangannya.

Nakhoda hanya satu, ada kelasi dan pelbagai tugas di atas sebuah kapal dan apabila semua menolak untuk menjadi kelasi serta semuanya mahu menjadi nakhoda, maka ke mana kapal '𝙆𝙚𝙡𝙪𝙖𝙧𝙜𝙖 𝙈𝙖𝙡𝙖𝙮𝙨𝙞𝙖' ini mahu pergi, sedangkan kita sedang dilambung badai yang maha dahsyat ini?

Fikir-fikirkanlah, jangan sampai kapal pecah dan penumpangnya habis hanyut dan lemas di laut luas.

Tongkat Sunan
29082021



............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo