NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tian Chua, 4 pemimpin MUDA dipanggil ke IPD Dang Wangi esok

Naib Presiden PKR, Tian Chua dan empat pemimpin MUDA akan dipanggil memberi keterangan berhubung himpunan #Lawan berhampiran Dataran Merdeka Sabtu lalu.

Tian Chua dan pengasas bersama MUDA, Amir Abd Hadi, Naib Presiden, Thanussha Francis Xavier, Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat, Teo Lee Ken serta Mathen Nair akan dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi esok.

Sabtu lalu, ratusan orang menyertai himpunan #Lawan berhampiran Dataran Merdeka yang dianjurkan Sekretariat Solidariti Rakyat bagi membantah kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin.

Semalam, Ketua Polis Negara, Acryl Sani Abdullah Sani dilaporkan, 29 individu dikenal pasti dan akan dipanggil melengkapkan kertas siasatan, manakala beberapa individu lain masih dalam proses dikenal pasti daripada rakaman video serta gambar.

Katanya, polis mendapati penganjur dan peserta himpunan itu secara jelas melanggar SOP Pelan Pemulihan Negara.


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo