NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tiada lagi keperluan Unity Government atau CSA

Muka depan akhbar The Star bertarikh 19 Ogos 2021
Apabila kerajaan hilang majoriti berbagai usaha telah dilakukan untuk menyelamatkannya demi rakyat dan masadepan negara.

Dalam suasana genting menghadapi pandemik ini kita tidak mampu untuk melihat urusan kerajaan terganggu lantaran kehilangan majoriti. Rakyat bosan dengan politiking, rakyat mahu penyelesaian dan mahukan kehidupan kembali normal.

Lalu diusahakan berbagai cara termasuklah ada yang mencadangkan dibentuk kerajaan perpaduan, dimana semua parti membentuk kerajaan tanpa pembangkang. Akhirnya Tan Sri Muhyiddin selaku PM ketika itu menawarkan CSA, perjanjian damai dengan pembangkang dengan pelbagai insentif termasuklah menaik taraf jawatan Ketua Pembangkang setaraf Menteri penuh.

Tawaran ini luarbiasa. Tawaran ini jika diterima bakal merobah lanskap politik negara dimana kerajaan minoriti kekal memerintah dengan dokongan dan sokongan pihak pembangkang.

Malangnya segala tawaran murni itu ditolak mentah-mentah oleh oembangkang khasnya PH termasukpah Warisan dan Pejuang. Mereka tidak mahu menyelamatkan kerajaan. Mereka mahu menjatuhkan kerajaan. Itu pilihan mereka.

Akibatnya PM terpaksa meletakkan jawatan dan serahkan segala urusan pada kebijaksanaan Yang Dipertuan Agong.

Dan Agong pun telah melaksanakan pelan Baginda iaitu semua 220 MP yang ada dititah memilih dengan rela hati calon PM masing-masing. Sudah pasti Tuanku mahu lihat siapa yang memiliki majoriti lantas layak diangkat sebagai PM menurut lunas Peelembagaan.

Hari ini walaupun Istana masih belum mengumumkan kita difahamkan 114 MP mewakili PAS, BN, Bersatu, GPS dan lain-lain telah mencalonkan MP Bera Dato Sri Ismail Sabri Yaakob sebagai PM ke 9.

114 sudah melebihi angka majoriti mudah 111. Insyallah dengan perkenan Tuanku Malaysia bakal melihat PM baru yang punya majoriti dan selayaknya diberi kepercayaan memerintah negara.

Bagaimana dengan idea kerajaan perpaduan dan tawaran CSA?

Segalanya sudah akademik dan tidak relevan lagi memandangkan calon PM sudah punya majoriti.

Semoga negara dan rakyat terus selamat, aman dan sejahtera di bawah PM baru dan kerajaan barunya.


-----------------------------------

Penulis Roslan Shahir Mohd Shahir atau lebih dikenali dengan nama pena Roslan SMS merupakan Setiausaha Perhubungan PAS Selangor. Beliau pernah menjadi Setiausaha akhbar kepada Presiden PAS, Dato Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang ketika pergelutan dua aliran besar dalam parti itu khususnya berhubung idea kerajaan perpaduan



............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo