NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tersalah terima vaksin, siasatan terperinci akan dibuat

BAGAN SERAI - Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah diminta menjalankan siasatan terhadap dakwaan wanita yang tersalah menerima vaksin untuk suntikan dos kedua yang tular di media sosial Khamis lalu.

Timbalan Menteri Kesihatan 1, Datuk Dr Noor Azmi Gahazali berkata, siasatan dan teguran perlu dilakukan berikutan negara belum melaksanakan pemberian vaksin campuran.

"Pemberian campuran vaksin tiada masalah kerana ia sudah berlaku di luar negara cuma negara kita belum beri kebenaran untuk amalkan (pencampuran vaksin) ini.

"JKN Kedah sudah tentu buat siasatan dan kita akan lihat keputusan nanti. Kalau betul, kenapa buat begitu? Teguran sudah pasti akan diberikan," katanya ketika ditemui media ketika melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Dato Zainal Abidin Zin di sini pada Ahad.

Media pada Sabtu melaporkan seorang wanita dari Sik, Kedah mendakwa ibunya tersalah menerima vaksin jenis Sinovac untuk dos kedua sedangkan dos pertama daripada jenis Pfizer.

Noor Azmi berkata, kajian menunjukkan pengambilan suntikan dos vaksin Covid-19 berbeza di United Kingdom iaitu Pzifer dan AstraZeneca tidak menunjukkan sebarang kesan sampingan kepada penerimanya.

"Bagi kes ini, kita perlu pantau dan sekiranya berlaku sebarang reaksi ia perlu dirujuk ke hospital. Difahamkan tiada masalah yang diterima setakat ini.

"Saya percaya tindakan itu mungkin kesilapan yang tidak disengajakan kerana tugas mereka yang perlu beri suntikan kepada beratus-ratus penerima setiap hari," katanya.

Beliau menasihatkan semua pihak terutama petugas di PPV supaya lebih berhati-hati dan fokus agar tiada berlaku sebarang kesilapan.

Dalam perkembangan lain, Noor Azmi berkata, negara akan menerima vaksin Covid-19 jenis CanSino yang dijadualkan tiba pada Ogos ini.

"Dalam usaha memastikan program vaksinasi berjalan lancar, kita akan menambah vaksin dengan membeli 4 juta dos vaksin jenis Sinovac.

"Ia sebagai usaha mengejar sasaran 80 peratus rakyat negara ini lengkap menerima dua dos vaksin. Setakat ini, 25.3 peratus atau 8.3 juta rakyat telah disuntik," katanya.


Sumber  : Sinarharian



............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo