Datuk Seri Abd Jalil Hassan, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman |
Kuala Lumpur: Sebanyak 10 laporan polis diterima berhubung kenyataan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mendakwa pihak mencetus kemelut politik ketika ini, tidak senang dengan beliau kerana enggan mencampuri urusan mahkamah.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, susulan itu satu kertas siasatan dibuka bagi menjalankan siasatan berhubung laporan yang dibuat.
"Siasatan giat dilakukan daripada pelbagai sudut. Setakat ini, kita tidak panggil dan rakam keterangan mana-mana individu lagi bagi membantu siasatan kes berkenaan.
"Kes disiasat mengikut seksyen apa akan dimaklumkan kemudian," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Terdahulu, beberapa Pemuda Umno Bahagian seperti Pasir Puteh, Tambun, Kampar, Langkawi dan Alor Setar membuat laporan polis berhubung isu terbabit.
Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menerusi Facebook berkata, laporan itu bagi menggesa pihak berkuasa menyiasat dakwaan wujud desakan kepada Perdana Menteri untuk campur tangan dalam kes mahkamah yang sedang berlangsung.
Rabu lalu, Perdana Menteri berkata, ada kumpulan tidak selesa dengan ketegasannya yang enggan melayan desakan mereka supaya membebaskan individu tertentu yang sedang didakwa atas kesalahan jenayah.
Sehubungan itu, Muhyiddin berkata, pihak terbabit cuba menangguk di air yang keruh dengan mencetuskan kemelut politik, walaupun negara sedang berdepan krisis pandemik yang kian memuncak.
Sumber : hmetro
............oo000oo...........
PENAFIAN
1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
No comments
Post a Comment