NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Terima Kem Zahid, Anwar usaha pujuk DAP?

Pada pagi ini sedang tersebar screenshots perbualan melibatkan beberapa individu penting daripada team Anwar Ibrahim.

Menurut sebaran tersebut, team Anwar pada ketika ini sedang giat mendapatkan persetujuan DAP bagi menerima team Zahid untuk menyokong Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke sembilan.

Team Zahid baru-baru ini diberitakan telah  bertindak menarik sokongan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengakibatkan Muhyiddin menghantar surat perletakan jawatan setelah mendapati tidak lagi mempunyai majoriti untuk terus menjawat jawatan Perdana Menteri.

Disamping itu, team Zahid juga dikatakan tidak akan menyokong Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri, sebaliknya akan menghantar tiga nama kepada Yang Dipertuan Agong iaitu, Tengku Razaligh Hamzah, Najib Razak dan Zahid Hamidi.

Walau bagaimanapun, sehingga sekarang tidak ada sebarang penafian dibuat oleh team Zahid mahupun team Anwar Ibrahim berkenaan sebaran screenshot berkenaan.






............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo