NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Terengganu FC benam PJ City FC 3-0

Terengganu FC buat PJ City FC gigit jari. Gambar : Harian Metro

PETALING JAYA: Terengganu FC (TFC) bangkit mencipta kemenangan untuk mengukuhkan kedudukan di tangga kedua selepas menewaskan PJ City FC 3-0 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Ini adalah kemenangan pertama buat skuad bimbingan Nafuzi Zain selepas gagal melakukannya dalam dua aksi terdahulu menentang Sabah FC dan Melaka United.

Pada aksi terbabit, pertahanan kental PJ City FC yang lebih banyak menyerap asakan TFC, hanya bertahan 13 minit apabila pelawat terlebih dahulu membuka jaringan.

Pemain tengah, Dechi Marcel memberikan gol pembukaan buat TFC apabila menyusup masuk ke dalam kotak penalti sebelum melepaskan rembatan yang berjaya menewaskan Kalamullah Al Hafiz.

Hasrat PJ City FC untuk merebut sekurang kurangnya satu mata berkecai apabila TFC meledak dua gol lewat permainan menerusi David da Silva (m-86) dan Rahmat Makasuf (m-90).

Selepas ini, skuad Penyu akan bertemu Sri Pahang FC di laman sendiri sementara PJ City FC akan berkunjung ke Cheras untuk berdepan seteru Lembah Klang, KL City FC.

- BH




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo