Minda Presiden PAS
TAMADUN ISLAM BERSAMA HIJRAH
Manusia ialah makhluk yang bertamadun mengikut fitrahnya. Begitulah kenyataan yang pernah disebutkan oleh Ibn Khaldun dalam kitab al-Muqaddimah, karyanya yang terkenal. Hanya Islam sahaja, agama sempurna yang dapat mewujudkan tamadun manusia yang benar-benar memakmurkan bumi.
Tamadun yang dibina bersama dengan negara yang beriman, berilmu dan berakhlak yang mencapai hikmah tujuan manusia diciptakan oleh Allah Pencipta alam. Dalam pada itu, dinaungi oleh negara teladan para anbiya’ dan wali Allah SWT yang adil sebagaimana yang disebutkan oleh al-Quran seperti Nabi Daud AS, Nabi Sulaiman AS dan Zulqarnain.
Adapun kesan tinggalan tamadun jahiliah yang kelihatan dipelihara oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan PBB (UNESCO) dan masih lagi digali untuk dicari yang seterusnya pada hari ini. Sebuah tamadun yang dibangunkan di atas timbunan mayat rakyat yang ditindas dan harta haram yang dirompak, seterusnya seluruh pemimpin dan pengikutnya dibinasakan oleh Allah SWT. Sedangkan segala bangunannya yang masih ada kini, semuanya menjadi iktibar kepada generasi kemudiannya.
Firman Allah SWT:
﴿ŁَŲ„ِŲ°َŲ§ Ų£َŲ±َŲÆْŁَŲ§ Ų£َŁْ ŁُŁْŁِŁَ ŁَŲ±ْŁَŲ©ً Ų£َŁ
َŲ±ْŁَŲ§ Ł
ُŲŖْŲ±َŁِŁŁَŲ§ ŁَŁَŲ³َŁُŁŲ§ ŁِŁŁَŲ§ ŁَŲَŁَّ Ų¹َŁَŁْŁَŲ§ Ų§ŁْŁَŁْŁُ ŁَŲÆَŁ
َّŲ±ْŁَŲ§ŁَŲ§ ŲŖَŲÆْŁ
ِŁŲ±ًŲ§Ł”Ł¦ ŁَŁَŁ
ْ Ų£َŁْŁَŁْŁَŲ§ Ł
ِŁَ Ų§ŁْŁُŲ±ُŁŁِ Ł
ِŁْ ŲØَŲ¹ْŲÆِ ŁُŁŲٍ ŁَŁَŁَŁ ŲØِŲ±َŲØِّŁَ ŲØِŲ°ُŁُŁŲØِ Ų¹ِŲØَŲ§ŲÆِŁِ Ų®َŲØِŁŲ±ًŲ§ ŲØَŲµِŁŲ±ًŲ§Ł”Ł§﴾
“Dan jika Kami hendak membinasakan penduduk sesebuah negeri, maka Kami memerintahkan (terlebih dahulu) orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah), tetapi mereka melakukan penderhakaan (maksiat dan zalim) dalam negeri itu; maka berhaklah berlaku terhadap negeri itu perkataan (ketentuan Kami bahawa negeri itu dibinasakan), kemudian Kami menghancurkan negeri itu sehancur-hancurnya. (16); Dan berapa banyak kaum yang telah Kami telah binasakan sesudah zaman Nabi Nuh; dan cukuplah Tuhanmu (wahai Muhammad), Maha Mengetahui lagi Maha Melihat akan dosa-dosa hamba-Nya. (17).” (Surah al-Isra’: 16-17)
Firman Allah SWT:
﴿Ų£َŁَŁ
ْ ŲŖَŲ±َ ŁَŁْŁَ ŁَŲ¹َŁَ Ų±َŲØُّŁَ ŲØِŲ¹َŲ§ŲÆٍŁ¦ Ų„ِŲ±َŁ
َ Ų°َŲ§ŲŖِ Ų§ŁْŲ¹ِŁ
َŲ§ŲÆِŁ§ Ų§ŁَّŲŖِŁ ŁَŁ
ْ ŁُŲ®ْŁَŁْ Ł
ِŲ«ْŁُŁَŲ§ ŁِŁ Ų§ŁْŲØِŁَŲ§ŲÆِŁØ ŁَŲ«َŁ
ُŁŲÆَ Ų§ŁَّŲ°ِŁŁَ Ų¬َŲ§ŲØُŁŲ§ Ų§ŁŲµَّŲ®ْŲ±َ ŲØِŲ§ŁْŁَŲ§ŲÆِŁ© ŁَŁِŲ±ْŲ¹َŁْŁَ Ų°ِŁ Ų§ŁْŲ£َŁْŲŖَŲ§ŲÆِŁ”Ł Ų§ŁَّŲ°ِŁŁَ Ų·َŲŗَŁْŲ§ ŁِŁ Ų§ŁْŲØِŁَŲ§ŲÆِŁ”Ł” ŁَŲ£َŁْŲ«َŲ±ُŁŲ§ ŁِŁŁَŲ§ Ų§ŁْŁَŲ³َŲ§ŲÆَŁ”Ł¢ ŁَŲµَŲØَّ Ų¹َŁَŁْŁِŁ
ْ Ų±َŲØُّŁَ Ų³َŁْŲ·َ Ų¹َŲ°َŲ§ŲØٍŁ”Ł£ Ų„ِŁَّ Ų±َŲØَّŁَ ŁَŲØِŲ§ŁْŁ
ِŲ±ْŲµَŲ§ŲÆِŁ”Ł¤﴾
“Apakah kamu tidak memperhatikan bagaimana Tuhanmu lakukan terhadap terhadap kaum 'Aad? (6); (Iaitu) penduduk Iram yang mempunyai bangunan-bangunan yang tinggi. (7); Keadaan yang belum pernah dibangunkan (suatu kota) seperti itu, di negeri-negeri lain. (8); Dan kaum Thamud yang memotong batu-batu besar di lembah. (9); Dan kaum Firaun yang mempunyai pasak-pasak (tentera yang banyak). (10); Kaum yang berbuat sewenang-wenangnya dalam negeri mereka. (11); Lalu, mereka berbuat banyak kerosakan dalam negeri itu. (12); Maka disebabkan itu, Tuhanmu menimpakan ke atas mereka pukulan azab. (13); Sesungguhnya Tuhanmu benar-benar mengawasi. (14).” (Surah al-Fajr: 6-14)
Rasul yang terakhir, Nabi Muhammad SAW telah melahirkan semula tamadun Islam pada akhir zaman dengan melaksanakan ciri-ciri yang menjadi tonggak utamanya, iaitu:
1. Bernegara (negeri atau tanah airnya).
2. Bermasyarakat.
3. Berilmu.
Ciri-ciri yang disebutkan ini sangat penting bagi mencipta tamadun Islam yang bersifat sejagat. Pada permulaan awal pembentukan tamadunnya, Allah SWT menurunkan wahyu pertama daripada al-Quran yang menjadi mukjizat ilmu bagi memenuhi ciri tersebut. Firman Allah SWT:
﴿Ų§ŁْŲ±َŲ£ْ ŲØِŲ§Ų³ْŁ
ِ Ų±َŲØِّŁَ Ų§ŁَّŲ°ِŁ Ų®َŁَŁَŁ” Ų®َŁَŁَ Ų§ŁْŲ„ِŁْŲ³َŲ§Łَ Ł
ِŁْ Ų¹َŁَŁٍŁ¢ Ų§ŁْŲ±َŲ£ْ ŁَŲ±َŲØُّŁَ Ų§ŁْŲ£َŁْŲ±َŁ
ُŁ£ Ų§ŁَّŲ°ِŁ Ų¹َŁَّŁ
َ ŲØِŲ§ŁْŁَŁَŁ
ِŁ¤ Ų¹َŁَّŁ
َ Ų§ŁْŲ„ِŁْŲ³َŲ§Łَ Ł
َŲ§ ŁَŁ
ْ ŁَŲ¹ْŁَŁ
ْŁ„﴾
“Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk). (1); Dia telah menciptakan manusia daripada segumpal darah. (2); Bacalah, dan Tuhanmu itu Maha Pemurah. (3); (Dialah) Tuhan yang mengajar manusia dengan perantaraan qalam (pena dan tulisan). (4); Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya. (5).” (Surah al-‘Alaq: 1-5)
Allah SWT menurunkan ilmu wahyu yang sempurna bagi tujuan membentuk kumpulan manusia yang bersyakhsiah dengan beribadat, berkhilafah (mentadbir bumi) dan beramanah (melaksanakan syariat yang adil) dengan berpandukan ilmu, akal, pengalaman dan kajian. Semua itu dapat dicapai melalui alatnya iaitu membaca dan menulis berpandukan hidayah Allah SWT.
Pada awalnya, penduduk Makkah tidak bersedia untuk menjadikan tanah airnya sebagai kawasan bagi pembentukan sebuah negara dan penempatan masyarakat majmuk dengan hidayah Allah SWT (Islam). Hal ini disebabkan mereka tidak yakin kepada janji Allah SWT. Firman-Nya:
﴿ŁَŁَŲ§ŁُŁŲ§ Ų„ِŁْ ŁَŲŖَّŲØِŲ¹ِ Ų§ŁْŁُŲÆَŁ Ł
َŲ¹َŁَ ŁُŲŖَŲ®َŲ·َّŁْ Ł
ِŁْ Ų£َŲ±ْŲ¶ِŁَŲ§ Ų£َŁَŁَŁ
ْ ŁُŁ
َŁِّŁْ ŁَŁُŁ
ْ ŲَŲ±َŁ
ًŲ§ Ų¢Ł
ِŁًŲ§ ŁُŲ¬ْŲØَŁ Ų„ِŁَŁْŁِ Ų«َŁ
َŲ±َŲ§ŲŖُ ŁُŁِّ Ų“َŁْŲ”ٍ Ų±ِŲ²ْŁًŲ§ Ł
ِŁْ ŁَŲÆُŁَّŲ§ ŁَŁَŁِŁَّ Ų£َŁْŲ«َŲ±َŁُŁ
ْ ŁَŲ§ ŁَŲ¹ْŁَŁ
ُŁŁَŁ„Ł§﴾
“Dan mereka (yang kafir) berkata: ‘Jika kami mengikut petunjuk yang kamu bawa itu, nescaya kami akan diusir dari negeri kami (oleh golongan yang menentang).’ (Mengapa mereka berkata demikian?) Bukankah Kami telah melindungi mereka dan menjadikan (negeri Makkah) tempat tinggal mereka sebagai tanah suci yang aman, yang didatangkan kepadanya buah-buahan daripada segala jenis, sebagai rezeki pemberian dari sisi Kami? (Benar, Kami telah menjadikan semua itu) Tetapi kebanyakan daripada mereka tidak mengetahuinya.” (Surah al-Qasas: 57)
Setelah itu, penduduk Yathrib yang menerima Islam telah menyerahkan tanah air mereka untuk dijadikan sebuah negara yang menegakkan Islam secara sempurna. Maka, Rasulullah SAW melakukan hijrah bagi bergabung dengan penduduknya yang menganut Islam bersama baiah (janji ketaatan dan kesetiaan), turut disertai kalangan bukan Islam yang tidak ekstrem dan bersedia untuk bersama. Lalu, kemudiannya dimeteraikan Sahifah Madinah (Piagam Madinah) yang terkenal.
Seterusnya berlaku perubahan nama Yathrib kepada Madinah yang bermaksud bandar dan tempat menetap serta berkumpulnya manusia bagi memenuhi segala keperluan hidup yang dibawa untuk dipasarkan. Perkara ini menjadi noktah penting kepada kelahiran tamadun Islam yang unggul melalui negara masyarakat majmuk yang berdaulat, adil dan dijamin keamanan dan keselamatannya. Hal yang tersebut adalah menepati janji Allah SWT yang ditunaikan-Nya sebagaimana firman-Nya:
﴿ŁَŲ¹َŲÆَ Ų§ŁŁَّŁُ Ų§ŁَّŲ°ِŁŁَ Ų¢Ł
َŁُŁŲ§ Ł
ِŁْŁُŁ
ْ ŁَŲ¹َŁ
ِŁُŁŲ§ Ų§ŁŲµَّŲ§ŁِŲَŲ§ŲŖِ ŁَŁَŲ³ْŲŖَŲ®ْŁِŁَŁَّŁُŁ
ْ ŁِŁ Ų§ŁْŲ£َŲ±ْŲ¶ِ ŁَŁ
َŲ§ Ų§Ų³ْŲŖَŲ®ْŁَŁَ Ų§ŁَّŲ°ِŁŁَ Ł
ِŁْ ŁَŲØْŁِŁِŁ
ْ ŁَŁَŁُŁ
َŁِّŁَŁَّ ŁَŁُŁ
ْ ŲÆِŁŁَŁُŁ
ُ Ų§ŁَّŲ°ِŁ Ų§Ų±ْŲŖَŲ¶َŁ ŁَŁُŁ
ْ ŁَŁَŁُŲØَŲÆِّŁَŁَّŁُŁ
ْ Ł
ِŁْ ŲØَŲ¹ْŲÆِ Ų®َŁْŁِŁِŁ
ْ Ų£َŁ
ْŁًŲ§ ŁَŲ¹ْŲØُŲÆُŁŁَŁِŁ ŁَŲ§ ŁُŲ“ْŲ±ِŁُŁŁَ ŲØِŁ Ų“َŁْŲ¦ًŲ§ ŁَŁ
َŁْ ŁَŁَŲ±َ ŲØَŲ¹ْŲÆَ Ų°َŁِŁَ ŁَŲ£ُŁŁَŲ¦ِŁَ ŁُŁ
ُ Ų§ŁْŁَŲ§Ų³ِŁُŁŁَŁ„Ł„﴾
“Allah menjanjikan kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh dalam kalangan kalian (wahai umat Muhammad) bahawa Dia akan menjadikan mereka berkuasa di muka bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka yang berkuasa; dan sesungguhnya Dia akan meneguhkan bagi mereka agama Islam yang telah diredhai-Nya untuk mereka; dan Dia juga akan mengubah keadaan mereka dalam ketakutan (dengan ancaman musuh) kepada keamanan. Mereka terus beribadat kepada-Ku dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain dengan-Ku. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur (tidak bersyukur) ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasiq (derhaka).” (Surah al-Nur: 55)
Negara Madinah ialah sebuah negara yang melaksanakan dakwah berkonsepkan tiada paksaan dalam beragama, dan politik berkonsepkan adil kepada semua sehingga diterima oleh mereka yang bersedia menjadi rakyat termasuklah dalam kalangan bukan Islam, bukan sekadar penganut Islam sahaja. Negaranya sangatlah berbeza dengan negara lain yang keseluruhannya berkonsepkan ‘asabiyyah agama dan kaum, serta dibejati dengan kezaliman dan penindasan terhadap rakyat seagama dan sebangsa. Hal ini demikian kerana, pemerintahnya berada di luar daripada kuasa agama dan akhlak.
Allah SWT memerintahkan supaya dibawa pendekatan yang positif terhadap pihak yang lain, hal ini sebagaimana firman-Nya:
﴿Ų¹َŲ³َŁ Ų§ŁŁَّŁُ Ų£َŁْ ŁَŲ¬ْŲ¹َŁَ ŲØَŁْŁَŁُŁ
ْ ŁَŲØَŁْŁَ Ų§ŁَّŲ°ِŁŁَ Ų¹َŲ§ŲÆَŁْŲŖُŁ
ْ Ł
ِŁْŁُŁ
ْ Ł
َŁَŲÆَّŲ©ً ŁَŲ§ŁŁَّŁُ ŁَŲÆِŁŲ±ٌ ŁَŲ§ŁŁَّŁُ ŲŗَŁُŁŲ±ٌ Ų±َŲِŁŁ
ٌŁ§ ŁَŲ§ ŁَŁْŁَŲ§ŁُŁ
ُ Ų§ŁŁَّŁُ Ų¹َŁِ Ų§ŁَّŲ°ِŁŁَ ŁَŁ
ْ ŁُŁَŲ§ŲŖِŁُŁŁُŁ
ْ ŁِŁ Ų§ŁŲÆِّŁŁِ ŁَŁَŁ
ْ ŁُŲ®ْŲ±ِŲ¬ُŁŁُŁ
ْ Ł
ِŁْ ŲÆِŁَŲ§Ų±ِŁُŁ
ْ Ų£َŁْ ŲŖَŲØَŲ±ُّŁŁُŁ
ْ ŁَŲŖُŁْŲ³ِŲ·ُŁŲ§ Ų„ِŁَŁْŁِŁ
ْ Ų„ِŁَّ Ų§ŁŁَّŁَ ŁُŲِŲØُّ Ų§ŁْŁ
ُŁْŲ³ِŲ·ِŁŁَŁØ﴾
“Mudah-mudahan Allah akan menimbulkan perasaan kasih sayang antara kalian dengan orang-orang yang kalian musuhi daripada kalangan kerabat kalian. Dan (ingatlah), Allah itu Maha Kuasa (atas tiap-tiap sesuatu), dan Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (7); Allah tidak melarang kalian daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kalian kerana agama (kalian), dan tidak mengeluarkan kalian dari kampung halaman kalian; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. (8).” (Surah al-Mumtahanah: 7-8)
Negara Madinah berteraskan kepada konsep ilmu wahyu yang teguh dan istiqamah, mendahulukan perdamaian serta keterbukaan terhadap ilmu duniawi yang bermanfaat daripada semua pihak. Termasuklah daripada bukan Islam dan warisan yang bermanfaat daripada seluruh tamadun terdahulu. Konsep yang dilaksanakan itu telah berjaya meningkatkan kemajuan ilmu dalam negara. Hal ini bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW:
Ų§ŁŲِŁْŁ
َŲ©ُ Ų¶َŲ§ŁَّŲ©ُ Ų§ŁْŁ
ُŲ¤ْŁ
ِŁِ ŲَŁْŲ«ُŁ
َŲ§ ŁَŲ¬َŲÆَŁَŲ§ ŁَŁُŁَ Ų£َŲَŁُّ ŲØِŁَŲ§.
“Kebijaksanaan itu laksana barang yang tercicir kepunyaan orang yang beriman, maka di mana sahaja didapatinya, maka orang yang beriman adalah paling berhak mengambilnya.” (Riwayat al-Tirmidhi 2687 dan Ibn Majah 4169)
Islam menetapkan bahawa mempelajari ilmu dalam perkara yang menyentuh soal kehidupan diri manusia dan bermasyarakat adalah wajib, sama ada kewajipan secara fardhu ‘ain mahupun fardhu kifayah.
Sekiranya dalam konteks fardhu kifayah, maka berdosa jika tiada orang Islam yang berkeahlian dalam lapangannya. Sekiranya tiada orang lain juga untuk melaksanakan sesuatu kewajipan tersebut, maka menjadi fardhu ‘ain kepada golongan yang berkeahlian untuk memberikan sumbangan kepada masyarakat.
Rasulullah SAW sendiri telah menunjukkan teladan dan kebijaksanaan Baginda sebelum berlakunya hijrah, apabila menjadikan rumah isteri Baginda SAW iaitu Khadijah RA sebagai tempat simpanan harta yang diserahkan oleh masyarakat Makkah yang percaya kepada sifatnya yang mulia. Sama ada, harta itu disimpan sahaja atau dijadikan modal secara mudarabah.
Perkara ini merupakan pelaksanaan konsep perbankan yang pertama dalam sejarah ekonomi dunia. Walau bagaimanapun, ketika Baginda SAW melakukan hijrah ke Madinah, barang simpanan tersebut dipulangkan semula kepada kalangan bukan Islam dengan menugaskan menantunya, ‘Ali bin Abi Talib RA menjalankan tugas tersebut.
Selain itu, Rasulullah SAW juga telah memulakan amalan konsep hospital yang pertama apabila mengarahkan pembinaan khemah bagi menempatkan Sa‘ad bin Mu‘az RA yang tercedera dalam peperangan Ahzab. Kemudian, Baginda SAW memanggil pakar perubatan pada zamannya untuk memberikan rawatan kepada yang tercedera.
Contoh yang lain, Rasulullah SAW menerima pandangan Salman al-Farisi RA ketika perang Ahzab apabila melaksanakan taktik penggalian parit sebagai kubu pertahanan. Termasuklah mencipta senjata berat iaitu manjanik (pelontar batu yang besar) dan kotak perisai dalam peperangan Ta’if.
Rasulullah SAW menimba pengalaman dalam aspek pertanian daripada peladang di Madinah dengan bersabda:
Ų£َŁْŲŖُŁ
ْ Ų£َŲ¹ْŁَŁ
ُ ŲØِŲ£َŁ
ْŲ±ِ ŲÆُŁْŁَŲ§ŁُŁ
ْ.
“Kalian lebih mengetahui berkenaan urusan keduniaan kalian.” (Riwayat Muslim 2363)
Para sahabat RA melaksanakan syura bagi memilih seorang Khalifah (Ketua Negara) yang dianggotai oleh para pemimpin dan ulama’ yang mewakili rakyat. Tindakan ini sekali gus telah mendahului demokrasi Barat. Para Khulafa’ al-Rasyidin melakukan ijtihad dalam perubahan sistem pentadbiran dan kewangan, apabila wilayah Islam bertambah luas dan penduduk negara bertambah ramai. Begitu juga langkah yang diambil oleh Khalifah ‘Umar bin ‘Abdul Aziz RH yang terkenal akan keadilannya pada zaman selepas para sahabat RA.
Kerajaan Islam yang semakin luas wilayahnya menerima para ilmuwan dan bijak pandai daripada kalangan bukan Islam yang menjadi mangsa penindasan kerajaan masing-masing dan cemburu terhadap pengaruh mereka. Ramai dalam kalangan mereka terus masuk Islam dan menjadi penganut yang setia, atau bersedia untuk menjadi rakyat yang berfaedah kepada negara tanpa dipaksa menganut Islam.
Gerakan penterjemahan buku-buku dalam pelbagai ilmu daripada berbagai-bagai bahasa ke dalam bahasa Arab pada zaman Khilafah ‘Abbasiyah mencipta zaman keemasan bagi tamadun Islam. Buku asal yang berbahasa Arab sehingga kini masih lagi tersimpan di beberapa negara Eropah, bahkan istilah sains dan teknologi juga masih dipengaruhi oleh bahasa Arab. Banyak hasil kajian para ulama’ Islam telah diterjemahkan ke dalam bahasa Eropah dan membantu tamadun Barat yang muncul selepasnya.
Pihak Barat telah menumpang tamadun Islam, tetapi konsep sekularisme yang mempengaruhi tamadun Barat dan melahirkan tamadun baru juga menunjukkan aspek negatif terhadap masyarakat madani. Hal ini berlaku apabila diambil ilmu duniawi tanpa dasar Islam, maka aspek kebendaan menjadi matlamat utama kerana sudah terpesong daripada matlamat penciptaan manusia. Sehingga sifat persaudaraan kemanusiaan yang bermasyarakat menjadi lemah kerana apa yang dikejar ialah keuntungan pendapatan dari sudut harta, kuasa yang rakus dan kepuasan nafsu untuk menjajah.
Hari ini dapat disaksikan akibatnya setelah bidang sains perubatan telah mencipta berbagai-bagai penggunaan ubat yang melampau kesan sampingannya dan penggunaan dadah berbahaya yang merebak. Begitu juga, perlumbaan senjata yang lebih ganas daripada binatang, mengejar kekayaan dan kurang peduli terhadap kalangan mereka yang miskin dan papa, serta tamak mengejar pembangunan tanpa mesra alam sekitar.
Justeru, berlakulah perkara yang telah diberikan amaran oleh Allah SWT:
﴿ŲøَŁَŲ±َ Ų§ŁْŁَŲ³َŲ§ŲÆُ ŁِŁ Ų§ŁْŲØَŲ±ِّ ŁَŲ§ŁْŲØَŲْŲ±ِ ŲØِŁ
َŲ§ ŁَŲ³َŲØَŲŖْ Ų£َŁْŲÆِŁ Ų§ŁŁَّŲ§Ų³ِ ŁِŁُŲ°ِŁŁَŁُŁ
ْ ŲØَŲ¹ْŲ¶َ Ų§ŁَّŲ°ِŁ Ų¹َŁ
ِŁُŁŲ§ ŁَŲ¹َŁَّŁُŁ
ْ ŁَŲ±ْŲ¬ِŲ¹ُŁŁَŁ¤Ł”﴾
“Telah timbul pelbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut disebabkan perbuatan yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya hal yang demikian) kerana Allah hendak merasakan kepada mereka sebahagian daripada (akibat) perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (ke jalan yang benar).” (Surah al-Rum: 41)
Rasulullah SAW menyatakan antara tanda-tanda kiamat yang memusnahkan alam melalui sabdanya:
ŁَŲ£َŁْ ŲŖَŲ±َŁ Ų§ŁْŲُŁَŲ§Ų©َ Ų§ŁْŲ¹ُŲ±َŲ§Ų©َ Ų§ŁْŲ¹َŲ§ŁَŲ©َ Ų±ِŲ¹َŲ§Ų”َ Ų§ŁŲ“َّŲ§Ų”ِ ŁَŲŖَŲ·َŲ§ŁَŁُŁŁَ ŁِŁ Ų§ŁْŲØُŁْŁَŲ§Łِ.
“Bahawa kamu akan menyaksikan orang-orang miskin yang berkaki ayam, tidak sempurna pakaian dan papa kedana yang hanya menjadi pengembala ternakan, mereka menjadi kaya-raya sehingga berlumba lumba mendirikan bangunan-bangunan tinggi (tidak bijak menguruskan kekayaan yang dikurniakan oleh Allah).” (Riwayat Muslim 8, Abu Dawud 4695 dan lain-lain)
Kita sedang menyaksikan tamadun Barat sedang membakar diri sendiri kerana melakukan perkara yang melawan fitrah manusia. Manakala negara Islam yang terpengaruh dengannya, kaya dari sudut harta tetapi miskin dari sudut rohnya dan imannya juga turut terbakar. Maka, penyelamat daripada keadaan tersebut ialah kembali semula kepada Islam.
Allah SWT berfirman:
﴿ŁَŁَŁَŲÆْ Ł
َŁَّŁَّŲ§ŁُŁ
ْ ŁِŁ Ų§ŁْŲ£َŲ±ْŲ¶ِ ŁَŲ¬َŲ¹َŁْŁَŲ§ ŁَŁُŁ
ْ ŁِŁŁَŲ§ Ł
َŲ¹َŲ§ŁِŲ“َ ŁَŁِŁŁًŲ§ Ł
َŲ§ ŲŖَŲ“ْŁُŲ±ُŁŁَŁ”Ł ﴾
“Dan sesungguhnya Kami telah menetapkan kalian (dan memberikan kuasa) di muka bumi, dan Kami jadikan untuk kalian di muka bumi (sumber) penghidupan (supaya kamu bersyukur). (Tetapi) amatlah sedikit kalian yang bersyukur.” (Surah al-A‘raf: 10)
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 1 Muharram 1443 / 10 Ogos 2021
............oo000oo...........
PENAFIAN
1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
No comments
Post a Comment