NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Skuad Piala Thomas negara dalam Kumpulan D

Kuala Lumpur: Skuad badminton negara diundi dalam Kumpulan D bersama naib juara 2018, Jepun pada saingan Piala Thomas yang dijadual berlangsung di Aarhus, Denmark pada 9 hingga 17 Oktober in

Selain Jepun yang pernah menjuarai piala berpestij itu pada 2014 dengan menewaskan Malaysia di pentas final, Kanada dan England turut diundi dalam Kumpulan D.

Menerusi undian yang berlangsung hari ini oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF), juara bertahan, China pula diundi dalam Kumpulan C bersama-sama India, Belanda dan Tahiti.

Kumpulan A pula menyaksikan juara terbanyak 13 kali piala berpestij itu, Indonesia diundi bersama-sama Taiwan, Algeria dan tuan rumah Piala Thomas dan Uber 2018, Thailand.


Manakala Kumpulan B pula dihuni oleh Denmark, Korea Selatan, Perancis dan Jerman. Juara dan naib juara setiap kumpulan layak ke suku akhir.

Sementara itu dalam saingan Piala Uber, skuad negara berdepan ujian getir apabila diundi dalam Kumpulan D bersama-sama juara 14 kali, China, Denmark dan Kanada.

Juara bertahan, Jepun pula berada dalam Kumpulan A bersama-sama Indonesia, Jerman dan Perancis manakala naib juara edisi 2018, Thailand pula diundi dalam Kumpulan B bersama-sama India, Sepanyol dan Scotland. Korea Selatan, Taiwan, Tahiti dan Mesir melengkapkan Kumpulan C.



............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo