Majlis pelancaran basikal trek olimpik tokyo 2020. Foto : Harian Metro |
Peguam dan aktivis, Siti Zabedah Kasim atau lebih dikenali sebagai Siti Kasim menerusi hantaran di Facebook berkongsi artikel mengenai kos penyelidikan dan pembangunan (R&D) berjumlah RM13 juta antara Institut Sukan Negara (ISN) dengan syarikat dari United Kingdom, TOTALSIM Ltd., yang mempunyai kepakaran dalam kejuruteraan aerodinamik untuk menghasilkan basikal kedua-dua jaguh negara itu.
"Walaupun ini berita tahun lalu, tetapi ia mula menjadi perhatian sekarang. Sepanjang saya menyokong kejayaan pasukan kebangsaan kita dalam sukan, saya rasa ia berlebihan melihat kepada keadaan negara kita sekarang.
"Bayangkan RM13 juta, berapa banyak mulut boleh diberi makan? Saya minta maaf kerana saya mendapati ia benar-benar tidak boleh diterima," katanya.
Untuk temasya Olimpik Tokyo 2020 kali ini, Azizulhasni dan Shah Firdaus menggunakan basikal WX-R Vorteq bernilai RM300,000 sebuah dengan setiap pelumba dibekalkan tiga basikal berkenaan.
Basikal berkenaan diperbuat daripada bahan karbon fiber yang lebih keras, tetapi ringan dengan menggunakan teknologi aerodinamik terkini untuk memastikan rintangan angin lebih rendah.
Berdasarkan syarat Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI), jentera digunakan bagi Sukan Olimpik perlu berada di pasaran, dan basikal model WX-R Vorteq itu sudah berada di pasaran sejak 1 Januari tahun lalu.
Di sebalik pelaburan besar itu, ia dilihat berbaloi dengan pencapaian Azizulhasni meraih perak ketika dia sebenarnya mampu untuk memenangi emas, namun tidak bernasib baik pada perlumbaan hari ini.
- HMetro
Tak boleh diterima,sayangnya Siti Kasim,kau memperendahkan atlet negara kenapa,basikal tue bukan dibeli guna duit kau,lahanat,mereka beli guna duit sendiri dan juga mereka lebih bijak,dalam hal seperti nie,yang kau nak mempertikaikan kenapa,kau risau semua orang tak ada duit sebanyak tue,semua bekerja,ada duit,kau pula,langsung tak ada,malas sangat.
ReplyDelete