Surat peletakan jawatan Shah Headan sebagai Ahli Lembaga Pengarah UPM dan Lembaga Pengarah UPM Holdings Sdn Bhd, berkuat kuasa serta-merta. |
GEORGETOWN: Ketua UMNO Bahagian Balik Pulau, Datuk Shah Headan Ayoob Hussain Shah mengumumkan peletakan jawatan sebagai Ahli Lembaga Pengarah Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Lembaga Pengarah UPM Holdings Sdn Bhd, berkuat kuasa serta-merta.
Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teluk Bahang itu membuat keputusan berkenaan selepas UMNO Pusat membuat ketetapan untuk menarik sokongan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kerajaan Perikatan Nasional (PN).
"Ini sebagai mengambil tanggungjawab saya selaku ahli parti yang akan terus akur dan hormat dengan sebarang keputusan serta ketetapan parti," katanya di Facebook beliau.
Media sebelum ini melaporkan, Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah melepaskan jawatan Menteri Tenaga dan Sumber Asli, diikuti Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad meletakkan jawatan sebagai Menteri Pengajian Tinggi.
Keputusan itu dibuat sebagai mematuhi pendirian Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada 3 Ogos lalu sebulat suara menarik sokongan kepada kerajaan PN dan Muhyiddin.
- BH
............oo000oo...........
PENAFIAN
1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
No comments
Post a Comment