SERUAN BUAT LAPORAN POLIS TERHADAP DEMONSTRASI HARAM #LAWAN 21 OGOS
Gerakan Pembela Ummah-UMMAH menyeru semua pihak sama ada NGO atau individu untuk membuat laporan polis terhadap demontrasi haram pada 21 Ogos ini.
Sebagaimana kenyataan pengerusi gerakan Pembela Ummah-UMMAH sebelum ini, UMMAH akan membuat laporan polis di setiap negeri bagi membantah demonstrasi yang di anggap tidak mematuhi SOP dan keadaan semasa negara yang sedang menghadapi pandemik Covid-19.
UMMAH berharap tindakan tegas dan pantas daripada pihak PDRM bagi menghalang himpunan yang memudaratkan negara ini dijalankan.
Bagi mana-mana pihak yang ingin membuat laporan, boleh ambil draft laporan polis di ruangan komen di bawah.
............oo000oo...........
PENAFIAN
1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
No comments
Post a Comment