NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Sengsarakan Hidup Rakyat, Rancangan PH – Syed Saddiq


Akhirnya setelah bercerai dengan BERSATU Syed Saddiq membongkar rancangan jahat kerajaan Pakatan Harapan untuk menganiaya rakyat selama dua tahun di awal pentadbiran mereka.

Ahli parlimen paling muda, MP Muar minggu lepas ada mendedahkan rancangan jahat Pakatan Harapan untuk sengaja memansuhkan dan turunkan bantuan kepada rakyat yang telah dilaksanakan oleh Barisan Nasional untuk dua tahun pertama PH memerintah supaya penipuan mereka tentang Malaysia bakal bangkrap dipercayai oleh rakyat.

Dengan harapan selepas dua tahun ianya akan dinaikkan semula sehinggalah sampai PRU ke 15. Itu rancangan PH untuk menipu rakyat untuk dilihat sebagai hero penyelamat mereka. Kononnya selepas mereka ambil alih pentadbiran kerajaan kembali ada duit dan berjaya mentadbir serta dapat membantu rakyat.

Betapa jahatnya kerajaan PH sanggup memangsakan rakyat selama ini tanpa memikirkan golongan miskin, berpendapatan rendah dan sederhana. Bukan sedikit rakyat yang menjadi mangsa, beribu-ribu yang hilang pekerjaan antaranya penjawat awam kontrak dan swasta.

Syed Saddiq juga mendedahkan PM ke 7 juga terlibat dalam politik wang bersama kroni-kroni korporat.

Nampaknya senjata telah makan tuan, rancangan kenakan rakyat sudah terkena diri sendiri. Satu persatu pekong dan skandal terbongkar.


Rakyat tentu masih ingat lagi apabila Mr. 10% ahli parlimen Bagan Lim Guan Eng menyatakan kerajaan akan bangkrap pada 2019. Menurutnya kerajaan PH terpaksa merawat pelbagai penyakit yang telah ditinggalkan oleh BN sebelum ini.

“Kami harap rakyat dapat berkorban sedikit, beban hutang yang ditinggalkan kini menyukarkan kita memberi hadiah seperti wang percuma kepada rakyat jelata. Kita sangat berharap rakyat dapat berkorban seperti mana yang diperlukan” – Guan Eng

Janji mereka kepada rakyat kononnya BR1M dikekalkan RM2,000 jika PH menang PRU14. Namun bila mereka menang, BR1M dikurangkan bukan ditambah. BR1M bujang dimansuhkan. Rakyat diberi 30 Ringgek pulak. Inilah Pakatan Harapan.

Kesian sungguh pada rakyat yang telah dimangsakan selama dua tahun oleh kerajaan paling tak berguna ini.

Rakyat miskin diminta berkorban dan mengikat perut, tetapi mereka bercanda dengan wang rakyat bersama-sama kroni korporat dengan senang lenang.

Justeru itu tidak hairanlah mereka “dibelasah” dengan teruk sekali oleh rakyat bermula dari Cameron Highland hinggalah ke DUN Slim.

Jangan sesekali rakyat lupa kezaliman mereka selama 22 bulan mentadbir negara.

HIDUP RAKYAT ! HIDUP BN !

Lau Chin Kok 刘振国
MCA Publicity Bureau Deputy Chairman

Sumber | FB Lau Chin Kok



............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo