Kuala Lumpur: Ahli Parlimen Padang Rengas Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mengakui ada gerakan mengumpulkan akuan bersumpah (SD) menyokong Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri.
Beliau juga mengesahkan sudah pun menandatangani SD berkenaan namun tidak mendedahkan ahli Parlimen lain yang sudah berbuat demikian.
"Ya, saya sudah menandatangani SD menyokong Ismail Sabri, ahli Parlimen lain saya tidak tahu... kena tanya mereka," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas mengenai gerakan dibuat ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) menyokong Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Dilaporkan hari ini, Muhyiddin pada mesyuarat dengan Ahli Parlimen Bersatu pagi tadi menyatakan hasrat mahu meletakkan jawatan ketika menghadap Yang di-Pertuan Agong, esok.
Perkara itu disahkan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof.
............oo000oo...........
PENAFIAN
1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
No comments
Post a Comment