NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Saya kekal setia dengan UMNO walaupun sokong PN - Khairy

ISKANDAR PUTERI: Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, berkata beliau kekal setia bersama UMNO, walaupun menyatakan sokongan dan kekal bersama kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Khairy berkata, pendiriannya bersama 31 Ahli Parlimen UMNO dan Barisan Nasional (BN) adalah jelas untuk kekal menyokong PN sehingga keabsahan kerajaan diputuskan di Parlimen, September nanti.

"Saya masih dengan UMNO. Saya setia dengan UMNO. Saya masih menteri UMNO. Selepas undi percaya selesai September nanti, baharulah kita buat keputusan apa seterusnya.

"Biarlah saya buat kerja saya membabitkan vaksinasi rakyat. Ini soal nyawa rakyat Malaysia. Selagi tiada undian untuk tentukan keabsahan kerajaan, biarlah saya buat kerja saya," katanya selepas meninjau tapak Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Studio Iskandar Puteri, hari ini.

- BH



............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo