NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Saya ada masalah kepercayaan terhadap Zahid - Khairy

Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin berkata dia masih setia dengan Umno tetapi mengakui mempunyai masalah mempercayai presiden partinya Ahmad Zahid Hamidi.

"Ketika ini saya masih lagi dalam kerajaan, sebab saya ada masalah kepercayaan terhadap presiden Umno," katanya pada sidang media selepas lawatan ke tapak Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Iskandar Malaysia Studios, di Johor Bahru hari ini.

Kata Khairy, dia akan kekal menyokong kerajaan PN dan akan membuat pendirian apabila Dewan Rakyat bersidang September depan.

“I cannot trust this president, kita bersama (PN) sekarang ini dan kita akan buat pendirian pada sidang nanti.

“Saya masih dengan Umno setia pada Umno, biarlah saya buat kerja vaksinasi kerana ini soal nyawa rakyat Malaysia.

"Selagi tidak ada undian, biarlah saya buat kerja juga bagi pihak Umno kerana saya menteri Umno.

“Nanti selepas kita sudah selesai undi boleh kita buat keputusan, what’s next,” katanya, lapor Utusan Online.

Khairy berkata rasa tidak percaya itu timbul kerana beberapa tindakan Zahid sebelum ini.

Menurut Khairy, Zahid selaku presiden Umno telah mengutus surat kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah menyatakan semua ahli parlimen Umno menyokong Presiden PKR Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri berikutnya.
Zahid baru-baru ini mengumumkan keputusan Majlis Tertinggi Umno menarik sokongan parti itu kepada kerajaan Perikatan Nasional dan Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri.

"Sedangkan saya tidak pernah dirujuk oleh presiden, tidak pernah ditanya oleh presiden dan jauh sekali saya beri kebenaran kepada beliau untuk guna nama saya, itu yang pertama.

“Kedua, apabila timbul rakaman perbualan presiden dengan ketua pembangkang, perkara itu dinafikan, kata nak buat laporan polis tetapi selepas itu mengaku pula yang rakaman itu tulen.

“Bagaimana saya hendak percaya presiden macam ini yang mengatakan bahawa keputusan baru ini dicapai secara sebulat suara dalam Majlis Tertinggi (MT), sedangkan ada ahli parlimen yang terdiri daripada ahli MT buat keputusan berbeza dengan keputusan itu,” kata Khairy.

Perpecahan Umno semakin mendalam sejak seminggu lalu ketika Zahid mengisytiharkan penarikan sokongan 11 ahli parlimen parti itu kepada PN dan Muhyiddin.

Sementara itu, Naib Presiden Umno dan Timbalan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob pula mendakwa 31 ahli parlimen menyokong PN sehingga September ketika usul percaya perdana menteri akan dibentangkan untuk undian.

Khairy antara 31 ahli parlimen yang dinamakan oleh Ismail Sabri yang akan menyokong PN sehingga bulan depan.

Namun, tiga ahli parlimen - Ahli Parlimen Parit Mohd Nizar Zakaria, Ahli Parlimen Tanjong Karang Noh Omar dan Ahli Parlimen Baling Azeez Abdul Rahim - yang diberi nama oleh Ismail Sabri, menafikan mereka menyokong PN.

- Mkini


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo