NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Rupanya begini cara yang BETUL semai biji durian


1. Tahukah anda biji durian yang disemai dalam polibag dan di kawinkan dengan klon Musang King berpotensi menghasilkan ratusan ribu ringgit jika kena dengan caranya.

2. Tujuan buat cantuman adalah supaya pokok durian cepat berbuah iaitu seawal 4-5 tahun, berbanding tanam dari biji yang mengambil masa 6-10 tahun.

3. Bayangkan 1 biji durian disemai dalam polibag dan dikawinkan dengan klon seperti Musang king, dijual rm38 sepokok, jika 1,000 pokok x rm38 = rm3800. Lumayan kan?

Don Nurseri bersama pelanggan (Lokasi Kg Rangalau Kota Belud Sabah) 

4.  Musim covid ni saya sarankan anda belajar buat cantuman durian dan mula jual pada saudara dan jiran, jika sudah betul-betul mahir boleh buka nurseri. Saya pun bermula dari rumah.

5. Kini ada nurseri sendiri. Permintaan bibit buah-buahan sentiasa tinggi lagi-lagi musim hujan. Selain bibit, bunga dan herba juga mendapat ramai peminat sejak kebelakangan ini.

6. Okey, artikel pagi isnin (7.9.2020) saya kongsikan cara yang betul menyemai biji durian supaya 100% tumbuh sekaligus mengelakkan kerugian. Biji pun ada harga tau, saya beli dengan penjual buah durian rm4 sekilo.

7. Caranya lepas makan durian jangan buang biji, terus cuci bersih-bersih (wajib ye) dan rendam 2 malam. Bila akar mula keluar, terus semai dalam polibag atau pasu besar menggunakan media cocopeat.

8. Satu cara lagi, lepas cuci biji, masukkan dalam plastik atau kontena kedap udara, pastikan semua biji jangan kering, perlu dibasahkan sedikit, lepas 3 hari akan sudah keluar. Semai diatas pasir dan pasang atap black net ketebalan 70%.

Biji yang telah disemai dalam polibag saiz 15×18 atau diatas pasir

9.  Akar tanam ke bawah, tanam 70% dan jangan tutup habis. Biji perlu kena cahaya matahari sedikit. Siram sekali sekala kecuali hujan. Jangan biarkan Kering.

10. Jika menggunakan tanah hitam atau top soil, tanah tidak boleh terlalu lembab dan paling penting pastikan biji durian yang disemai mesti sudah tumbuh / akar sudah keluar lebih kurang 4 inci. Kalau tanam tanpa akar, biji akan mereput dengan cepat sekali.

11. Selepas 6-8 minggu, pokok durian yang disemai dalam polibag perlulah dipindahkan terus ke polibag bersaiz 7×10 atau 8×10 iaitu saiz standard untuk dijual atau untuk ditanam sendiri. Gunakan media tanah bercampur iaitu 70% tanah kuning, 30% top soil dan mix sedikit dengan sekam padi bakar jika ada.

12. Lain orang lain caranya, ini cara saya semai bibit durian sehingga boleh di kawinkan dan dijual kepada pelanggan. Apa cara sekalipun pastikan buat dengan betul-betul dengan ilmu yang betul untuk mendapatkan hasil yang baik.

Semoga artikel ini bermanfaat untuk semua pembaca. Jika ada sebarang pertanyaan boleh roger-roger saya melalui whatsapp #Sifudurian – Durian Specialist anda



............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo