NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PPV Lembah Klang mula ditutup secara berperingkat

PEKERJA asing pelbagai sektor industri beratur untuk menerima suntikan vaksin secara ‘walk-in’ semalam. Suntikan vaksin untuk pekerja asing dibuka sehingga 22 Ogos di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. - Foto AIZUDDIN SAAD

PUTRAJAYA: Beberapa Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Lembah Klang akan mula ditutup secara berperingkat, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata, ini kerana kadar vaksinasi di Lembah Klang sudah menghampiri sasaran yang ditetapkan kerajaan serta Kementerian Kesihatan (KKM).

Katanya, pengamal perubatan swasta kini sedang mempersiapkan keperluan vaksinasi untuk masa depan.

"ProtectHealth melalui pengamal perubatan swasta sudah menjalankan tugas dengan cemerlang dalam membantu kerajaan mencapai sasaran vaksinasi di Selangor dan Lembah Klang.

"Berikutan itu kita akan menutup PPV ini secara beransur-ansur dan pengamal perubatan swasta akan mempersiapkan keperluan vaksin COVID-19 pada masa depan," katanya menerusi Twitter.

Dr Noor Hisham berkata, keperluan vaksinasi pada masa depan seperti memberikan suntikan vaksin kepada pendaftar baharu MySejahtera yang layak, individu berusia 12 hingga 17 tahun serta suntikan penggalak vaksin COVID-19.

Sehingga semalam, sebanyak 107.7 peratus populasi dewasa di Lembah Klang sudah menerima sekurang-kurangnya dos pertama, manakala 81.3 peratus pula sudah lengkap mendapat dos kedua.

Daripada jumlah suntikan di Lembah Klang, sebanyak 6,641, 887 individu sudah menerima suntikan dos pertama dan 5,014,230 individu lagi sudah lengkap dua dos.

Sumber | Bharian

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo