NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Posting hina Islam di FB, polis belum rakam kenyataan Lim Kit Siang

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan. Gambar : Harian Metro

KUALA LUMPUR: Polis masih belum mendapat tarikh sesuai untuk merakam percakapan Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang, bagi melengkapkan siasatan berhubung kenyataan kontroversinya yang dimuat naik di Facebook membabitkan isu berkaitan Allah.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan, berkata setakat ini, pihaknya masih menunggu tarikh daripada ahli politik veteran DAP itu bagi melengkapkan kertas siasatan kes berkenaan.


"Jadi, beri polis ruang dan masa untuk merakam percakapannya bagi melengkapkan siasatan kes ini.

"Setakat ini, kami masih menunggu tarikh daripada ahli politik itu untuk berbuat demikian," katanya kepada BH, hari ini.

Kes membabitkan Kit Siang itu disiasat mengikut Seksyen 298A dan 505(b) Kanun Keseksaan, selain Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKMM) 1998.

Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin, berkata kenyataan Kit Siang berkaitan Allah dilihat berunsur hasutan dan cuba memecahbelahkan keharmonian masyarakat majmuk di negara ini.

Selain itu, Hamzah dipetik berkata, siasatan perlu diperluas kepada mana-mana individu dikenal pasti melakukan tindakan sama hingga menggugat keharmonian di negara ini.

Kit Siang dikatakan memuat naik kenyataan berbahasa Inggeris di laman Facebooknya yang didakwa menyentuh sensitiviti masyarakat Islam di negara ini.




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo