Politik akan terus dengan kekalutannya. Anda marah, anda suka atau anda berubah-berubah kerananya, ia tetap tidak akan mengubah semulajadi politik dan tabiatnya.
Politik bukan hanya soal politik. Soal kesihatan diri (ivermectin dll), soal pendidikan anak-anak (PdPR dll), soal pergerakan diri (PKP dll) dan soal apa sekalipun, politik akan campur tangan dan memenanginya. Samada baik atau buruk, itulah kekuasaan politik.
Politik adalah soal kuasa. Kuasa pula adalah aset terbesar di dunia. Pemburu kuasa adalah pemburu paling kaya di dunia.
Allah jadikannya begitu. Membangunkan kehidupan manusia adalah dengan kuasa dan menghancurkan manusia pun dengan kuasa. Manusia diberi kuasa. Kemudian kuasa akan kembali kepada Allah jua. Kenapa? Kerana dialah tuhan yang maha berkuasa ke atas segalanya, di langit dan bumi. Dia memberi dan Dia jua yang menariknya kembali. Ia ujian terbesar Allah ke atas manusia.
"Maka hukumlah dengan apa yang engkau mahu. Sesungguhnya engkau hanya menghukum (dengan kuasa) dalam kehidupan dunia ini." - Taha:72
"Milik siapakan kekuasaan pada hari ini (akhirat)? Milik Allah, tuhan yang maha esa dan maha gagah perkasa." - Ghafir:160
Anak-anak muda terbaik 'ashabul kahfi' yang beriman kepada Allah terpaksa masuk hutan lalu berlindung di dalam gua kerana melarikan diri daripada buruan pemilik kuasa. Kemudian, selepas 309 tahun, mereka hadir lagi untuk mengukuhkan kekuasaan pemilik kuasa semasa yang beriman dengan hujah dan tanda kebesaran Allah. Harinya mereka diburu kezaliman dan harinya mereka diburu keadilan.
Begitulah politik dan kekuasaan. Anda suka, marah, benci, mara, undur, berjalur-jalur dan berbintik-bintik kerananya, politik kekal memburu kehidupan kita semua.
Bukan hanya politik sesama kita sahaja yang akan memburu dan memenangi kehidupan kita, Amerika dan Yahudi pun datang memburu kita. Dunia ini sangat kecil berbanding angan-angan kita yang menggunung untuk kekal gembira dalam kehidupan ini.
Siapa yang akan selamat daripada ujian kekuasaan?
Sebaik-baik dan seringkas-ringkas jawaban adalah doa para pemuda 'ashabul kahfi' yang dirakamkan oleh Allah di dalam al Quran. Bacanya sentiasa, hayatinya dengan faham dan insaf, lalu amalkannya saat berurusan dengan hiruk pikuk politik negara dan dunia. Kita amat perlukan petunjuk dan ketenangan daripada-Nya.
Ų±َŲØَّŁَŲ§ Ų¢ŲŖِŁَŲ§ Ł
ِŁ ŁَّŲÆُŁŁَ Ų±َŲْŁ
َŲ©ً ŁَŁَŁِّŲ¦ْ ŁَŁَŲ§ Ł
ِŁْ Ų£َŁ
ْŲ±ِŁَŲ§ Ų±َŲ“َŲÆًŲ§
"Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami rahmat daripada sisi-Mu dan sediakanlah petunjuk-Mu dalam segala urusan kami." - al Kahfi:10
Atau, sempurnakan setiap hari bacaan 10 ayat pertama surah al-kahfi sebagaimana hadis Rasulullah ŲµŁŁ Ų§ŁŁŁ Ų¹ŁŁŁ ŁŲ³ŁŁ
.
(Ł
َŁ ŲَŁِŲøَ Ų¹َŲ“ْŲ±َ Ų¢ŁŲ§ŲŖٍ Ł
ِŁ Ų£ŁَّŁِ Ų³ُŁŲ±َŲ©ِ Ų§ŁŁَŁْŁِ Ų¹ُŲµِŁ
َ Ł
ِŁَ Ų§ŁŲÆَّŲ¬َّŲ§Łِ)، - ŁŁ
Ų§ Ų£Ų®Ų±Ų¬Ł Ų§ŁŲ„Ł
Ų§Ł
Ł
ُŲ³ŁŁ
ŁŁ ŲµŲŁŲŁ.
"Barang siapa yang menghafaz (hati dan lidah) sepuluh ayat pertama daripada surah al Kahfi, dia akan dipelihara daripada (fitnah) dajjal." - HR Muslim
Dajjal adalah fitnah paling dahsyat dan besar. Dia datang untuk menguasai POLITIK dan kekuasaan manusia dengan kesesatan. Jika selamat daripada fitnah dajjal besar, maka lebih sayugia dan benarlah untuk kita selamat daripada dajjal-dajjal kecil.
Justeru, kekal tenang dengan jaminan kesejahteraan daripada-Nya. Biarkan politik kalut. Jangan kita yang kalut. Politik tidak boleh dibenarkan mengganggu kita dan iman kita.
............oo000oo...........
PENAFIAN
1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
No comments
Post a Comment