NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PM rakamkan ucap tahniah kepada Azizulhasni

Foto : Twitter rasmi Tan Sri Muhyiddin Yassin
PUTRAJAYA: Tan Sri Muhyiddin Yassin mengucapkan tahniah kepada jaguh trek berbasikal negara, Datuk Azizulhasni Awang yang menghadiahkan pingat perak kepada Malaysia di Sukan Olimpik Tokyo, sebentar tadi.

Perdana Menteri berkata, kejayaan berkenaan menambahkan keceriaan kepada kontinjen negara sebelum temasya sukan berkenaan melabuhkan tirainya.

"Biar apa pun warnanya, kilauan pingat yang dikutip di pentas sukan terbesar ini tentunya memberi makna cukup signifikan buat anda (Azizulhasni) dan juga negara apabila melihat Jalur Gemilang dinaikkan.

"Seluruh rakyat Malaysia pastinya amat berbangga dengan aksi dan semangat tidak mudah mengalah yang anda tunjukkan. Saya turut merasa sayu melihat tangisan kemenangan sebentar tadi.

"Kami di Malaysia amat memahami perasaan serta kesukaran yang anda lalui sepanjang temasya ini. Terima kasih saya ucapkan atas segala pengorbanan anda demi negara," katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Muhyiddin dalam pada itu turut mengucapkan tahniah kepada Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican dan barisan kejurulatihan serta seluruh kontinjen Malaysia atas kejayaan berkenaan.

"Kepada Muhammad Shah Firdaus Sahrom pula, saya ingin katakan yang kegagalan mengiringi Azizulhasni ke peringkat akhir tidak seharusnya mematahkan semangat anda.

"Iltizam dan semangat 'Demi Malaysia' yang dipamerkan apabila sanggup mengenepikan kesakitan dialami ketika di peringkat saringan dan suku akhir dengan sendirinya membuktikan anda wira perlu disanjungi. Terima kasih Shah Firdaus.

"Tahniah Azizulhasni! Syabas Shah Firdaus!," katanya.

Terdahulu, Velodrom Izu, Shizuoka menyaksikan pelumba Great Britain, Jason Kenny mempertahankan emasnya dan Azizulhasni yang berupaya mendekati dan menamatkan saingan 0.763 saat di belakang Kenny.

Malaysia menutup tirai Olimpik Tokyo dengan satu perak menerusi Azizulhasni dan satu gangsa, diraih menerusi beregu lelaki badminton negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik.


Sumber : BH

............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo