Nuseir Yasin, Vlogger berbangsa Israel |
Aktivis seluruh dunia dan penduduk negara ini melancarkan boikot ke atas lelaki itu selepas dia mengumumkan pelukis tatu tradisional dunia, Whang Od akan berkongsikan segala ritual, alat dan kaedah untuk membuat tatu.
"Mengeksploitasi budaya dan seni orang Asli Filipina bagi mendapatkan wang jelas melanggar Undang-Undang Hak Asasi Orang Asal 1997 yang mengiktiraf dan mempromosikan hak-hak masyarakat, budaya serta adat di Filipina," kata petisyen itu seperti dilaporkan Philippine News.
Setakat ini, petisyen itu sudah ditandatangan oleh 7,000 orang.
'Persona non grata' merujuk kepada individu yang tidak dapat diterima oleh sesebuah negara buat selama-lamanya selepas didapati melakukan kesalahan yang tidak dapat dimaafkan ketika berada di sesebuah negara.
Dalam masa sama, pengasas The Cocao Project, Louise Mabulo berkata, Nas Daily turut membuat komen mendiskriminasi terhadap rakyat Filipina dan golongan petani.
Lelaki itu turut digelar oleh negara Arab sebagai 'musuh kejayaan' kerana dia pernah membuat kenyataan palsu mengenai pengumpulan dana bagi pembinaan hospital di Baitulmuqaddis, Mei lalu. - Agensi
No comments
Post a Comment