Dato' Sri Tuan Ibrahim Tuan Man, Timbalan Presiden PAS |
Dato Sri Tuna Ibrahim menyatakan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) merasa dukacita dengan langkah Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi, Presiden UMNO yang bertindak mengarahkan ahli Parlimen UMNO menarik diri daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Tindakan itu dilihat tidak selari dengan semangat penyatuan ummah seperti yang termaktub di dalam Piagam Muafakat Nasional.
Ia secara tidak langsung akan menggugat perancangan Pelan Pemulihan Negara dan usaha menangani penularan wabak Covid 19, serta usaha membantu rakyat yang terjejas teruk kini.
Dalam kenyataan media hari ini PAS katanya kekal yakin dengan asas penubuhan Muafakat Nasional yang bermatlamatkan kesatuan ummah serta membina kekuatan politik Melayu Islam perlu terus dipertahankan demi kestabilan politik, keharmonian kaum dan kesejahteraan negara.
Sumber :
............oo000oo...........
PENAFIAN
1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
No comments
Post a Comment