NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PAS yakin Kabinet baharu mampu beri khidmat terbaik




28 OGOS: PAS memberikan sepenuh kepercayaan kepada Perdana Menteri dan Jemaah Menteri untuk menumpukan khidmat kepada rakyat dan menjalankan tugas masing-masing, dengan budaya kerja berprestasi tinggi berorientasikan keberhasilan.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, PAS juga menyambut baik dan mendukung kepimpinan Perdana Menteri dan pembentukan Jemaah Menteri yang baharu diumumkan.

Beliau berkata PAS juga percaya anggota Jemaah Menteri bahari mampu meneruskan usaha untuk menangani pandemik COVID-19, memulihkan ekonomi dan memperkukuh perpaduan dalam negara.

“Justeru itu PAS mengajak semua pihak untuk membantu menyelesaikan masalah negara secara bersama.

“Sekarang adalah masa untuk menyelamatkan rakyat dan memulihkan ekonomi yang terjejas akibat pandemik, bukan masa untuk politiking yang tidak berkesudahan sehingga merencatkan pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara secara menyeluruh,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri, mengumumkan Yang di-Pertuan Agong berkenaan melantik tiga menteri dan lima timbalan menteri mewakili PAS.

Mereka ialah Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan yang kini bertukar portfolio dari Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) kepada Menteri Tenaga dan Sumber Asli, manakala Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dilantik semula sebagai Menteri Alam Sekitar dan Air.

Naib Presiden PAS, Senator Idris Ahmad, pula dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menggantikan Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang tidak dilantik semula.

Ketua Dewan Ulama PAS, Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh pula dilantik sebagai Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Ahmad Marzuk Shaary (Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri-Hal Ehwal Agama) dan Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff (Timbalan Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat).

Turut dilantik Datuk Ahmad Amzad Mohamed @ Hashim (Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi) dan Datuk Awang Hashim (Timbalan Menteri Sumber Manusia). – Oleh HAIKA KHAZI

http://www.pnbbcportal.com/2021/08/28/pas-yakin-kabinet-baharu-mampu-beri-khidmat-terbaik/


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo