NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Orang Sarawak tidak minat dengan politik semenanjung - Abang Johari

Pasukan kesihatan Covid-19 ketikan melakukan persampelan di sebuah rumah panjang di Sibu baru-baru ini. - Gambar Borneo Post Online
Ketua Menteri Sarawak Abang Johari Openg hari ini berkata rakyat Sarawak tidak berminat dengan perkembangan politik di semenanjung.

Beliau berkata sepatutnya pemimpin politik perlu fokus dengan usaha-usaha untuk membendung krisis Covid-19.

Abang Johari yang merupakan pengerusi GPS turut menegaskan negeri itu menyokong Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata ini adalah demi memastikan kestabilan negara ketika ini.

“Saya dah beri kenyataan semalam. itu keputusan GPS. Kita sokong PN. Kita sekarang ini tengah sibuk vaksinasi.

“Macam kita disini, kita datang melihat bagaimana program vaksinasi dijalankan dengan orang di kampung.

“Orang Sarawak tak nak ambil tahu lah benda-benda macam ini.”

- Malaysianow


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo