KUALA LUMPUR: Pelumba basikal trek negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom terbabit dalam kemalangan di pertengahan perlumbaan saringan kedua acara keirin Sukan Olimpik 2020 di Velodrom Izu, Tokyo sebentar tadi.
Pelumba basikal trek negara Muhammad Shah Firdaus Sahrom terjatuh sejurus selepas bergeser dengan pelumba lain di Veledrom Izu, Shizuoka. - Foto BERNAMA |
Muhammad Shah Firdaus Sahrom terjatuh sejurus selepas bergeser dengan pelumba lain ketika pertengahan perlumbaan saringan acara keirin di Veledrom Izu. - Foto BERNAMA |
Dalam kemalangan itu, Shah dihimpit pelumba Britain, Jack Carlin dan insiden berkenaan turut membabitkan pelumba Kazakhstan, Sergey Ponomaryov.
Ini insiden yang terpaksa dialami oleh Shah Firdaus sebentar tadi, diharapkan kecederaannya tidak terlalu serius !!
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) August 7, 2021
.#sokongmalaysia #ganbattemalaysia pic.twitter.com/WZavji0PWu
Shah yang mengalami kecederaan di bahu kiri dan Carlin tidak menyertai saringan semula yang dilakukan namun bangkit menyertai perlumbaan repechages.
Keadaan Muhammad Shah Firdaus Sahrom sejurus selepas terjatuh di Veledrom Izu, Shizuoka. - Foto BERNAMA |
- BH
............oo000oo...........
PENAFIAN
1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
No comments
Post a Comment