Pelumba muda basikal trek negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom melakukan kebangkitan penuh bertenga di repechage pusingan 1 untuk menempah tiket ke saingan suku akhir acara keirin Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Mengulas mengenai persembahan pelumba berusia 25 tahun pada hari ini, pada awalnya, dia tidak dapat menamatkan perlumbaan kerana terlibat dalam kemalangan pada aksi pusingan 1 saringan kedua.
Ini insiden yang terpaksa dialami oleh Shah Firdaus sebentar tadi, diharapkan kecederaannya tidak terlalu serius !!— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) August 7, 2021
Selepas daripada kemalangan tersebut, dimaklumkan pihak Institut Sukan Negara (ISN) tidak membenarkan Shah menyertai perlumbaan ulangan kerana khuatir dengan kecederaan yang dialaminya.
Bagaimanapun, menjelang perlumbaan repechage pusingan 1, ISN kembali memberikan lampu hijau kepada Shah untuk menyertai perlumbaan ini.
Ketika beraksi pada perlumbaan tersebut, Shah yang berada di kedudukan paling akhir menggunakan segala tenaga yang ada untuk memecut pada saat-saat akhir
Meskipun mengalami kecederaan SHAH FIRDAUS buat COMEBACK bermakna dan terus mara ke pusingan SUKU AKHIR, Terbaiklah SHAH !!— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) August 7, 2021
Persembahan tanpa mengenal erti penah lelah menamatkan perlumbaan di tempat kedua sekaligus menempah tiket ke saingan suku akhir yang akan berlangsung pada pagi esok.
Sementara itu, jaguh basikal trek negara, Dato’ Azizulhasni Awang mudah menamatkan perlumbaan pusingan pertama saringan ketiga dengan muncul sebagai juara.
............oo000oo...........
PENAFIAN
1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
No comments
Post a Comment