Ratu terjun negara, Pandelela Rinong |
KUALA LUMPUR: Ratu terjun negara, Pandelela Rinong Pamg mara ke pentas final 10 meter (m) platform individu wanita Sukan Olimpik Tokyo 2020, sebentar tadi.
Atlet berusia 28 tahun itu mara ke final selepas menamatkan pusingan separuh akhir yang berlangsung di Pusat Akuatik Tokyo di kedudukan ketujuh daripada 18 penerjun.
Dia yang memenangi pingat gangsa dalam acara itu di Sukan Olimpik London 2012 mengutip 315.75 mata dalam lima terjunan untuk berada di kedudukan berkenaan.
Saingan separuh akhir tadi diungguli penerjun China, Quan Hongchan yang mengumpul 415.65 mata keseluruhan manakala rakan sepasukannya, Chen Yuxi di tempat kedua, 407.75 mata.
Berada di tempat ketiga adalah penerjun Amerika Syarikat, Delaney Schnell yang mengumpul 342.75 mata.
Pusingan final yang disertai 12 penerjun terbaik dijadual berlangsung pada jam 2 petang ini.
............oo000oo...........
PENAFIAN
1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
No comments
Post a Comment