Tangkap layar 'tentera bawang' mula menyerang Instagram pelumba Great Britain |
Sama ada 'koyak' atau tertekan dengan kecaman yang diterima, tidak dapat dipastikan apa punca sebenar pelumba berusia 24 tahun itu bertindak menutup ruangan komen di Instagramnya.
Apa yang pasti, dia perlu memastikan mentalnya berada pada tahap terbaik dan mengelak fokusnya terganggu untuk menghadapi perlumbaan peringkat suku akhir, esok.
Carlin ketika ditemubual stesen televisyen swasta, ASTRO Arena selepas perlumbaan berkata dia tiada niat mahu menjatuhkan sesiapa.
"Keirin adalah perlumbaan yang berbahaya, saya menghormati semua pelumba. Setiap orang mahu melakukan yang terbaik dan mara ke peringkat seterusnya.
"Saya sangat gembira melihat dia (Shah Firdaus) kembali (berlumba) dan diharap dia dapat melakukan yang terbaik esok," katanya.
Susulan daripada kemalangan itu, Shah Firdaus terpaksa dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut selepas dia disyaki patah tulang rusuk.
Walaupun cedera Shah Firdaus kemudian bersaing semula di reperchage sebelum menduduki tempat kedua dan mengiringi Datuk Azizulhasni Awang mara ke suku akhir acara keirin, esok.
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican bagaimanapun mengesahkan Shah Firdaus tidak mengalami kecederaan berkenaan dan dijangka bertanding esok.
- BH
No comments
Post a Comment