OH MY MALAYSIAN ENGINEER!
.
Lama sungguh aku tak update wall aku. Dah naik bersawang dah..hahahašš
.
Anyway, minggu lepas aku ada lah terbaca pasal Gaji Fresh Engineer RM2.7k versus pendapatan Rider RM4k di seantero socmed.
.
Maka macam2 lah feedback yg aku terbaca…
.
Berkatalah geng2 twitter: “Engineering truly scam”, “Buang masa belajar susah2..Baik buat kerja CS. Bodoh2 pun boleh dapat RM5k” and bla2
.
Sampai ke FB: “Bersyukur lah, aku dulu gaji RM1.4k je”, “Aku dulu..start gaji je RM3k, sekarang masih 3k?? Gila apa!”, “Aku dulu gitu, Aku dulu gini” and bla2
.
Pendapat kaum LinkedIn pulak: “Rider short term career, Engineer is for long term”
.
Kalau korang tanya aku: “Macam mana nak boleh jadi macam ni? Boleh pulak gaji Engineer lagi rendah dari pendapatan rider.”
.
Pendapat aku it all about DEMAND AND SUPPLY issue. As usual, aku OK kalau ada yang tak agree dengan pendapat aku ni ya✌️
.
First soalan yang kena jawab. Kenapa Engineer?? Kenapa bukan golongan professional yang lain? Doktor, Lawyer, Accountant bla2 macam mana?
.
Macam aku cakap tadi, it all about demand and supply.
.
First, jom kita cerita pasal supply dulu.
.
Berapa banyak universiti yang tawarkan pengajian medic kat Malaysia ni?
.
Jawapannya: 33 universiti according to Second Schedule, Medical Act 1971
.
.
Lawyer?
According to Legal Profession Act 1976, ada 10 universiti.
.
.
Accountant pulak?
.
According to First Schedule Accountants Act 1967, ada 17 universiti.
.
.
Engineering??
.
Berdasarkan rekod web Engineering accreditation Council Malaysia. Ada 58 pusat pengajian yang menawarkan kursus Engineering yang diiktiraf!
.
.
Wow!!!
Law = 10 uni
Account = 17 uni
Medic = 33 uni.
Tup2, Engineering ada 58 uni dan pusat pengajian!!!
.
Sangat lah obviouskan…Ternyaya “supplier” Engineer dalam negara kita banyak gila!
.
Lepas tu kalau kita nak buat kira2 sikit. Katakanlah secara puratanya setiap pusat pengajian ada 3 kursus Engineering, setiap kursus ada 25 org student. Simple calculationnya:
.
58 pusat pengajian x 3 kursus x 25 student = 4,350 graduan Engineering pelbagai disiplin di lahirkan setiap tahun.
.
Ni baru grad Malaysia ye. Belum campur yang grad oversea lagi tau!
.
Jom tengok demand pulak.
.
Aku just buat simple simulation lah ya
š»Aku bukak jobstreet
šAku g “Search Job”
✅Dekat job specialization, aku select “Engineering”
.
Boom!! Ada 3,125 vacancies (ni apa yg aku check tadi lah)
.
.
Vacancies tu pulak bukan untuk fresh grad je ye. Untuk yg experience pun termasuk sekali!
.
So, kalau engineering graduate yg dilahirkan 4k setahun, lepas tu job available 3k je…Memang, persaingan amat2lah tinggi!
.
Kalau dalam bisnes, lagi banyak persaingan. Lagi susah lah nak control price. Most of the time, kita kena jadi follower, susah nak jadi leader. Yang jadi leader ni biasanya yg dah otai2 dalam market je.
.
So, sama lah jugak cerita Engineering ni…Tu pasal rate gaji susah nak naik untuk fresh grad engineering. Makin lama, makin ramai Engineering graduate dalam market. Tapi dalam masa yg sama, market tak grow2! š¤¦š»♂️
.
End up, memang ramai lah yang susah nak dapat kerja sebab oversupply talent dalam market.
.
Second question. Sebab apa market kita tak grow?
.
Sebab KITA MASIH TAHAP NEGARA PENGGUNA. Kita terlalu bergantung kepada teknologi luar.
.
Bukan tak ada usaha untuk bangunkan produk tempatan. Banyak je yang dah cuba. Tapi lama2 kecundang…š
.
Sebab apa kecundang? Dari pengalaman aku, negara kita ni banyak sangat red tape, banyak birokrasinya. Lepas tu slow pulak!š¤¦š»♂️
.
Aku buat comparison pasal file patent je lah ye. Ni real experience yg aku pernah go through.
.
Kat Malaysia, nak complete “substantive examination process” je ambik masa sampai 4 tahun.
.
Kat Singapore, kalau kau amik fast-track review. 3 bulan setel dah process Substantive Examination ni.
.
Note: Substantive Examination adalah proses nak check inovasi atau teknologi tu tulen / novel ke tak.
.
Gila jauh kan bezanya!! 4 tahun versus 3 bulan.
.
Tapi itu lah hakikat yang pahit untuk diterima.š
.
Tu baru cerita bab patent. Bab market support pulak?
.
Bila produk tu ada label Made in Europe, US, Japan, Korea. Plus ada pulak cop standard Eropah. Berjuta harganya pun company2 kongelemorat Malaysia sanggup beli..
.
Cuba kau letak “Made in Malaysia”. Banyak betul kena soal itu ini. Padahal sijil engineering testing yg sama dengan produk US,Europe and bla2 semua dah complete.
.
Itu bab produk. Bab bagi opinion pulak..Bila kita yg hidung peset jawa ni explain pasal engineering, seorang pun tak mahu dengar. Tapi bila Engineer kulit putih cakap benda yang sama boleh pula dengar! Pelik, sangat pelikkkkk!š¤¦š»♂️
.
Lagi sekali… ini lah hakikat yang pahit untuk diterimaš
.
Kalau dah macam ni punya cerita. Bila lah market technology kita nak grow?
.
Bila market teknologi tak grow tapi tiap2 tahun ramai Engineer grad dari uni. Makin ramai lah Engineer susah nak dapat kerja.
.
Bila susah nak dapat kerja. Tu pasal lah ada yang pilih jadi rider. Bukan sebab pendapatan RM4k. (Anyway, semua tau RM4k tu bukan tiap2 bulan boleh dapat) .
.
Tapi dek kerana terpaksa. Jadi jugak lah rider sebab nak survive!
.
Aku rasa tiba masanya MOSTI melalui MBOT, KKR melalui BEM tengok balik polisi pasal hala tuju engineering dan teknologi kat Malaysia ni.
.
Kalau perlu ubah akta, ubah akta. Kalau kena revamp polisi or carta alir, then buat. Permudahkan geng2 ni nak develop dan market teknologi tempatan ni. We need to grow our local talent and local technology seriously.
.
Start dengan enforce “local technology acceptance” policy dulu. Apa2 hal, product technology dari Malaysia dulu yg gomen or private kena beli. Kalau beli jugak produk luar, tapi solution tu ada dalam negara. Organisasi tu boleh diambil tindakan yg sangat tegas! Contoh: denda 10x ganda nilai teknologi luar negara yang dah dibeli.
.
Bila ada strong local acceptance. Then, baru lah local technology provider boleh cakap dengan negara luar : Our product had been used by our government and private organization in our country. If they can accept our solution, why can’t you???!
.
Ha….giitttuuuu…š¬
.
Lepas tu, pump in Engineer2 and Technologist muda dalam agensi2 berkaitan teknologi ni kalau nak revamp current policy and operation flow chart. They have fresh idea. Now its time to do something in new way! Not old way!
.
Orang sekarang dah pakai Chatbot, P2P apps dah wahai gomen. Hang dok pakai hotline lagi.
.
Ok lah,hang dah sedia hotline, kami pun gunalah hotline. Tapi bila kita call hotline tak angkat2 pulak…Sedangkan punya lah ramai anak2 tempatan boleh buat apps yg canggih manggih kat dalam negara ni. Tapi semua talent tu dipandang sepi..Sedih kan?? Huhuuš
.
Eh, ok lah. Cukup setakat ni aku membebel..Kalau nak cerita banyak lagi ni.
.
Panjang berjela dah aku tulis kali ni...Lepas gian orang kata..Kan lama dah tak menulis…hahahašš
.
Orait, moga ada sinar untuk Engineering and Technologist dalam negara kita.
.
To all my fellow Engineer and Technologist friends outside there. Don’t stop upgrading your capabilities ya!
.
Sekian.
Wasalam
Tulisan asal boleh diikuti di Facebook Ir Abdul Rahman Bahasa
............oo000oo...........
PENAFIAN
1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
No comments
Post a Comment