NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Nasihat Paksu Hamid Bukit Tembaga


Nasihat Paksu Hamid Bukit Tembaga yang boleh dikongsi 

1- Sentiasa berdamping dengan kitab Al-Quran. 
Tiap-tiap malam nak tidur, pegang kitab Al-Quran, kata pada diri sendiri "Ini kitab Al-Quran, Kalam Allah yang belum dapat aku baca, belum dapat aku fahami sepenuhnya".

2- Belajar Bahasa Arab sampai arif.  
Kalau tak dapat belajar secara rasmi, faham setiap hari satu patah perkataan. Kalau setahun dah 365 patah perkataan. dari perkataan/istilah disambung dijadikan ayat, dari ayat menjadi perenggan, dari perenggan, lama-lama menjadi karangan. 

3- Jaga bahasa dan pertuturan kita. 
Kalau benda tak elok walaupun tidak salah disebut, cuba elakkan. Contohnya nampak 'tahi cicak', daripada menyebut perkataan 'tahi cicak' walaupun tak salah, lebih baik sebut perkataan lain yang lebih elok. Kalau bab kata-kata ni, Paksu Hamid memang 'halus'.

3- Jaga makan-minum dan pergaulan.

Sebelum balik Paksu tidak lupa PESAN
" Kalau ada tanya Paksu SIHAT @ tidak, jawab kat depa PAKSU MID SIHAT "

Ų­ŁŲøŁ‡ Ų§Ł„Ł„Ł‡ ŁˆŲ²Ų§ŲÆ

Khadimul Hadis Ust Yusof

Terima kasih byk2 atas perkongsian ini..

Kredit Ust Yusof


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo