Najib Razak kini menjadi sasaran kritikan di Facebook, menyertai pimpinan pembangkang dan sekutu mereka dalam kalangan aktivis terkemuka dalam menggesa peletakan jawatan bekas perdana menteri, Muhyiddin Yassin.
Bagaimanapun, kritikan berterusan yang diterima Najib itu menandakan peralihan dari beberapa keadaan sebelum ini di mana beliau menggunakan media sosial untuk mempertikaikan cara kerajaan menangani pandemik Covid-19.
Najib kini dilihat gembira dengan peletakan jawatan Muhyiddin dengan satu baris ayat yang sering menonjol dalam kempen media sosialnya sejak tumbang dari tampuk pentadbiran negara pada Pilihan Raya Umum 2018.
Bahkan dalam hantaran yang menggesa rakyat Malaysia menyokong kontinjen negara ke temasya sukan Paralimpik Tokyo 2020, beliau turut dilihat dikritik ekoran peranannya yang menjadi punca kelompongan kuasa ketika negara dilanda pandemik.
“Hilangnya TSMY dari hiraki Kabinet kerajaan, hilang jugak idea bijaksana anda berkait Covid.
“Biasanya anda mulakan setiap hari baru di muka buku dengan ratib wirid pelbagai salah silap TSMY bersabit Covid-19. Barangkali juga bersama-sama TSMY ada Covid 19? Hilang TSMY, maka hilanglah Covid-19,” kata seorang pengguna.
Seorang pengguna lagi dilihat mengingatkan Najib mengenai ahli-ahli Parlimen yang beliau kumpulkan untuk menarik sokongan mereka terhadap Muhyiddin sehingga kerajaan hilang majoriti.
“Waktu sukan Olimpik tempoh hari, menteri KBS dari Umno ada di sisi atlet-atlet berjuang.
“Tetapi angkara 15 ekor MP yang bangang, kini atlit paralimpik terpaksa berjuang tanpa kelibat seorang menteri KBS,” katanya merujuk Reezal Merican Naina Merican, salah seorang dari 20 ahli Parlimen Umno menolak untuk mengikut gesaan Najib untuk meletakkan jawatan.
Najib bersama Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menjadi pemimpin utama dalam siri percubaan menggulingkan Muhyiddin.
Kedua-dua mereka juga turut mendukung pemimpin PKR Anwar Ibrahim dalam usahanya menduduki jawatan perdana menteri.
Pengikut palsu
Sejak beliau tumbang pada 2018 dan disusuli dengan pelbagai pendedahan jutaan wang tunai dan barangan mewah yang disimpannya, pasukan komunikasi Najib telah berusaha untuk membina semula imejnys menggunakan kuasa media sosial.
Bekas perdana menteri itu mengumpul sekurang-kurangnya 4.5 juta pengikut di Facebook.
Bagaimanapun wujud keraguan mengenai angka tersebut sekitar lapan tahun selepas sebuah syarikat pemaju perisian yang berpangkalan di United Kingdom mendedahkan Najib adalah pemimpin politik utama yang memiliki pengikut palsu.
Menggunakan “Fake Follower Check” yang dibangunkan Rob Waller, beliau mendapati Najib memiliki jumlah pengikut palsu paling tinggi dibandingkan tujuh pemimpin lain dari Amerika Syarikat, Australia, India, Thailand, Jepun, Singapura dan Vietnam.
Beliau turut mendapati sekitar 70% dari 1.4 juta pengikutnya pada waktu itu adalah akaun palsu.
Aplikasi yang dibangunkan Waller itu kemudian dibatalkan susulan beberapa perubahan berlaku dalam ekosistem media sosial.
Setakat ini, masih tidak ada aplikasi atau alat efektif yang mengenal pasti keaslian sokongan dalam media sosial, terutamanya dengan kewujudan “cybertrooper” – mereka yang ditugaskan untuk memberikan sokongan kepada agenda seseorang pemimpin dengan menggunakan akaun palsu.
Sumber | Malaysianow
............oo000oo...........
PENAFIAN
1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
No comments
Post a Comment