NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Nadir al-Nuri telah dihubungi PDRM, akan beri kerjasama - Peguam

Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM), Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman
PETALING JAYA: Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM), Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman telah dihubungi Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang meminta kerjasama berhubung siasatan kenyataan terhadap pendakwah terkenal Ebit Lew.

Peguamnya, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar, berkata sehubungan itu anak guamnya akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada polis berhubung siasatan berkenaan.

“Nadir Al-Nuri, sudah dihubungi oleh Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah, hari ini dan anak guam kami sudah pun memaklumkan untuk memberi kerjasama dalam siasatan tersebut.

“Walaubagaimanapun sebagaimana diketahui umum, anak guam kami (dan orang lain juga) menghadapi kesukaran untuk keluar dari Gaza, Palestin, dan masuk semula jika beliau keluar buat masa ini disebabkan sempadan keluar dan masuk Gaza dikawal ketat oleh pihak berkuasa memandangkan situasi terkini di Palestin,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Tambah Zainul Rijal anak guamnya kini sedang melanjutkan pengajian di Gaza dan melaksanakan pelbagai aktiviti masyarakat sivil membantu warga Gaza di sana, khususnya bantuan yang disalurkan oleh rakyat Malaysia.

“Anak guam kami sedia memberi kerjasama dalam apa juga keterangan yang dibuat mengikut undang-undang demi membantu keadilan dilaksana.

“Sehingga kini anak guam kami masih belum mengetahui butiran laoran polis yang dibuat oleh pihak terbabit secara terperinci,” katanya.

Beliau berkata kenyataan yang dikeluarkan hari ini adalah bagi menafikan dakwaan yang tular yang menyatakan anak guamnya itu tidak membalas pesanan telekomunikasi yang dihantar oleh pihak polis sehingga terpaksa meminta bantuan Polis Antarabangsa (Interpol).

Baca juga... 


Sumber | Utusan

............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo