KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin yang meletak jawatan Perdana Menteri bersama seluruh Kabinet semalam dijangka membawa ‘berita gembira’, pagi ini.
Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan bagaimanapun enggan menjelaskan lebih lanjut tentang ‘berita gembira’ yang disebutkan dan menyerahkan kepada Muhyiddin untuk berbuat demikian.
Pun begitu, perkhabaran itu dikaitkan dengan perkembangan terkini politik negara dan sokongan ahli Parlimen untuk melantik seorang Perdana Menteri baharu.
“Ya, ada berita gembira. Tetapi tidak sesuai untuk saya sebut. Biarlah Tan Sri akan mengumumkannya. Jadi, mungkin pada esok pagi.
“Tidak pasti sama ada perkara ini akan diumumkan menerusi siaran televisyen atau kenyataan bertulis. Elok kita tunggu Tan Sri umum secara rasmi.
“Perikatan Nasional (PN) belum selesai lagi (berkenaan jumlah sokongan), UMNO sahaja baru selesai tadi,” katanya kepada malam ini.
Wan Saiful juga tidak menafikan berita tersebut berkait dengan pembentukan semula Kerajaan Perikatan Nasional (PN).
“Apa yang pasti, kita semua sedang usahakan untuk kekalkan kerajaan PN,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada terdapat berita gembira untuk gabungan berkenaan ketika seluruh negara masih ternanti-nanti Perdana Menteri dan kerajaan baharu selepas peletakan jawatan Muhyiddin.
Sementara itu, Hizman Ahmad, Setiausaha Politik kepada bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Zuraida Kamaruddin mengucapkan kesyukuran tanpa penjelasan lebih lanjut.
“Alhamdulillah,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya sejam lalu.
Dalam perkembangan berlainan, terkini, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO difahamkan sebulat suara menyokong pencalonan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri.
Perkara itu dimaklumkan salah seorang ahli MKT ketika dihubungi Utusan Malaysia, bagaimanapun mesyuarat kini masih berlangsung antara Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bersama Ahli Parimen Barisan Nasional (BN).
Sumber | Utusan
............oo000oo...........
PENAFIAN
1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
No comments
Post a Comment