16 OGOS : Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meninggalkan Bangunan Perdana Putra tepat jam 12 tengah hari tadi selepas mempengerusikan mesyuarat khas kabinet, hari ini.
Difahamkan, Muhyiddin akan ke Istana Negara bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Terdahulu, Muhyiddin mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet yang berlangsung kira-kira tiga jam.
Selain Muhyiddin, turut dilihat meninggalkan bangunan berkenaan ialah Menteri Kanan Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Pada masa sama, Menteri Kewangan, Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz; Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri turut kelihatan keluar meninggalkan Perdana Putra.
Dalam pada itu, sebelum ketibaan Muhyiddin, Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong selepas hampir sejam memasuki Istana Negara.
Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh dan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah turut menghadap Agong pagi tadi.
Kenderaan rasmi yang membawa Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh juga sudah meninggalkan Istana Negara, sebentar tadi.
Kenderaan pelbagai guna yang membawa Idrus keluar melalui pintu satu pada jam 11.55 pagi namun tidak memberhenti kenderaan atau memberi sebarang ulasan mengenai pertemuan yang berlangsung kira-kira dua jam itu.
Abdul Ghani memasuki Istana Negara melalui Pintu 2, kira-kira jam 10 pagi.
Sementara itu, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani turut kelihatan memasuki perkarangan Istana Negara namun masih belum meninggalkan kediaman Yang di-Pertuan Agong.
............oo000oo...........
PENAFIAN
1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
No comments
Post a Comment