Sesudah lewat usia 63 tahun
Lalu persoalan ini
Bermain-main di minda.
Persoalan ini
Perlu jawapan paling tulus.
Tanyalah pada Hati.
Adakah merdeka ini
Sekadar laungan
Atau sekadar
Sambutan dipinggir Masa.
Buat anak muda
Meneguk nikmat bebas.
Bersukaria
Berpelukan
Sambil menyanyi Dan menari
Tanpa
Silu pada dosa dan noda.
Merdekakah kita...
Apabila
Anak bangsa tercinta.
Lupa pada segalanya.
lupa Ibu
Lupa guru
Lupa bangsa
Lupa agama
Lantaran
Diri Sudah punya Wang berjuta
Diri sudah tampan bergaya
Malah
Sudah cantik jelita
Merdekakah kita
Pabila negara tersohor
Merata dunia.
Namun
Rakyat terus menderita
Merempat tiada arah tuju
Mengemis meminta minta
Walau tanah sekangkang kera
Buat bercucuk tanam
Merdekakah kita
Orang asing menjadi tuan tanah
Di negara tercinta
Orang asing menjadi saudagar
Kaya Raya
Di merata bandar dan kota
Merdekakah Kita
Pabila
Seorang murid
Tiada lagi
Adap dan akhlak
Malah
Bahasa mereka
Semakin biadap
Dan kurang ajar
Tiada lagi hormat
Buat insan bergelar pendidik
Yang punya Hati mulia
Penuh iltizam
Mendidik dan mengasuh
Agar jadi insan budiman
Merdekakah kita
Pabila bicara ulamak
Tidak lagi didengari
ilmunya tiada dipelajari
Nasihat juga tidak dipeduli
Malah
Mereka sudah jadi
Bahan makian
Cacian
Juga hinaan
Kenapa?
Segala teguran dan ingatan
Seumpama menganggu
Segala perbuatan terkutuk mereka
Lalu
Lidah dan bibir
Ulamak bagai kelu
Tak mampu lagi
Berbicara dan bercerita.
Buat mengingatkan
Manusia alpa dan leka
Mengejar keseronokan dunia
Agama Sudah terpisah
Dari kehidupan
iman dan Takwa
Sudah hilang dari dada umat
Pabila
Ulamak membisu
Justeru
Takut pada ancaman dan ugutan
Merdekakah Kita
Atau
Menjadi penderhaka
Pada negara dan bangsa
Lebih parah lagi
Menjadi pendusta
Pada agama Islam tercinta
Merdekakah Kita
Andai segala persoalan.
Hanya berlegar
Di kotak fikir.
Bila dan bagaimana
Terjawab semuanya
Hanya Kita Yang merencana.
Ust Md Ali Jamil
Ahad ( 4.51pagi)
11 Muharam 1442
30 Ogos 2020.
............oo000oo...........
PENAFIAN
1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
No comments
Post a Comment