MA Analytics Sdn Bhd (MA Analytics) memeterai memorandum persefahaman dengan tiga buah syarikat dari Turki bertujuan untuk bekerjasama dalam memajukan industri pertahanan negara ketika Pameran International Defence Industry (IDEF 2021) di Tuyap Fair, Turki baru-baru ini.
Tiga syarikat pertahanan dari Turki itu terdiri daripada Makina Kimya Endustrisi Kurumu (MKE), Katmerciler danIVEO Defence.
MA Analytics adalah syarikat tempatan yang terlibat di dalam bidang pertahanan, tenaga dan telekomunikasi. Ia telah ditubuhkan hasil gabungan beberapa profesional muda dan inovatif di dalam bidang kejuruteraan, teknologi dan perakaunan dengan misi untuk menawarkan peralatan serta perkhidmatan berkualiti kepada agensi pertahanan dan awam di Malaysia.
Ketua Pegawai Eksekutif MA Analytics, Rasyad Anwar berkata, MoU tersebut bakal melibatkan kerjasama antara syarikat-syarikat berkenaan berhubung sistem persenjataan, artileri dan kereta perisai.
Ia juga akan melibatkan kerjasama di dalam mereka cipta, pembinaan dan pembekalan alatan persenjataan, artileri dan kereta perisai di Malaysia.
Wakil syarikat MA Analytics dan MKE ketika melakukan latihan dan demonstrasi penembakan di Lapang Sasar Konya, Turki.
"Syarikat dari Turki akan memberikan bantuan teknikal dan perundingan,pembekalan bahan dokumentasi, teknologi, lesen, “know-how” dan peralatan, pembaikan, modernisasi dan bantuan selepas jualan kepada Malaysia dan juga usaha sama di dalam bidang-bidang lain mengikut perundangan kedua-dua negara," katanya.
Selain itu, Rasyad menjelaskan, walaupun dunia mengalami masalah ekonomi akibat Covid-19 tetapi Turki masih melihat Malaysia sebagai rakan kongsi yang penting malah, kerjasama pertahanan ini menunjukkan keyakinan Turki terhadap Malaysia.
Tambah beliau, Turki terkenal sebagai negara yang sudi berkongsi pengetahuan dan teknologi menerusi program “Transfer of Technology” (ToT) setiap kali pembelian aset ketenteraan dijalankan.
Iskender Balci, Izlene Izzauddin, Karim Hamzah, Rasyad Anwar, Yasin Ekdere, Mehmet Katmerci, Azeem Azizi, Gokhan Erturan, Metin Colak ketika memeterai memorandum persefahaman baru-baru ini.
"Menerusi kerjasama ini, kebergantungan terhadap negara luar dapat dikurangkan menerusi pelbagai kursus yang bakal dilaksanakan.
Di samping itu, peluang pekerjaan dapat ditingkatkan terutamanya kepada veteran tentera.
"Kami juga sedang merancang menjalinkan kerjasama dengan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan beberapa syarikat berkaitan dengan kerajaan agar manfaat daripada MoU ini bakal memberikan impak secara maksimum," ujarnya.
............oo000oo...........
PENAFIAN
1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
No comments
Post a Comment