NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Lepas jawatan Perdana Menteri pilihan paling mudah - PM


KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri adalah pilihan paling mudah untuk beliau menyelesaikan kemelut politik ketika ini.

Selepas itu, katanya, terserah kepada Yang di-Pertuan Agong untuk memilih Perdana Menteri baharu, jika beliau memilih keputusan melepaskan jawatannya itu.

Bagaimanapun, katanya, sehingga saat ini, tiada seorang pun Ahli Parlimen lain mampu membuktikan mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan Rakyat untuk membolehkan Yang di- Pertuan Agong melantik Perdana Menteri baharu.

Menurut Perkara 43(2) Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong boleh melantik Perdana Menteri dari kalangan Ahli Dewan Rakyat yang pada hemat baginda mungkin mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat.

"Saya patuh kepada Perlembagaan dan akan mengambil jalan terhormat untuk menyelesaikan kemelut politik yang sedang berlaku. Jika saya meletak jawatan pada masa ini, bukan saya seorang sahaja yang berhenti menjadi Perdana Menteri.
Sehingga saat ini, tiada seorang pun Ahli Parlimen lain mampu membuktikan mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan Rakyat untuk membolehkan Yang di- Pertuan Agong melantik Perdana Menteri baharu.
"Menurut Perlembagaan Persekutuan, saya hendaklah meletakkan jawatan seluruh anggota Jemaah Menteri. Ini bermakna kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang mentadbir negara pada masa ini akan jatuh," katanya dalam ucapan khas yang disiarkan secara langsung, hari ini.

Muhyiddin turut mempersoalkan apa akan berlaku kepada masa depan negara jika krisis politik berlarutan dan kerajaan baharu tidak dapat dibentuk dalam kadar segera, selain pentadbiran mana yang akan memastikan program vaksinasi berjalan lancar dan mengikut jadual.

Ini kerana, katanya, tempoh dua bulan akan datang adalah amat genting dan jika semua perancangan kerajaan dapat dilakansakan seperti dijadualkan, negara akan mencapai imuniti kelompok pada Oktober.

"Saya memikirkan dalam keadaan tiada seorang pun Ahli Dewan Rakyat lain yang mendapat sokongan majoriti pada masa ini, Perdana Menteri yang baharu tidak boleh dilantik menurut Perlembagaan. Apabila Perdana Menteri tidak boleh dilantik, maka Kabinet pun tidak boleh dilantik dan kerajaan baharu tidak dapat dibentuk.

"Sekiranya terganggu dengan kemelut politik yang tidak berkesudahan dan kerajaan sah tidak dapat dibentuk, sasaran imuniti kelompok tidak akan dapat dicapai dan nyawa rakyat akan terus berada dalam bahaya," katanya.





............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo