MUDA pimpinan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akan memfailkan saman baharu memandangkan kes mereka kini hanya bersifat akademik. (Gambar Bernama) |
Pasukan perundangan MUDA pimpinan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menarik balik kes mereka berhubung permohonan untuk didaftarkan sebagai parti politik.
Peguam Lim Wei Jiet berkata, perkara itu dilakukan ketika sebutan kes di depan Hakim Mahkamah Tinggi Noorin Badaruddin, hari ini.
“(Bekas) menteri (Hamzah Zainudin) telah membuat keputusan jadi permohonan untuk semakan kehakiman hanya bersifat akademik.
“Kami akan memfailkan satu lagi saman dalam masa terdekat untuk mencabar keputusan menteri menolak rayuan MUDA berhubung pendaftaran itu,” katanya kepada pemberita.
MUDA memfailkan permohonan semakan kehakiman awal tahun ini, memohon perintah memaksa Hamzah membuat keputusan bawah Seksyen 18 Akta Pertubuhan berhubung rayuan pendaftaran parti berkenaan.
Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) sebelum ini menolak permohonan pendaftaran MUDA, tanpa memberikan sebab khusus.
Minggu lalu, mahkamah dimaklumkan menteri berkenaan sudah membuat keputusan berhubung rayuan MUDA itu. Sekali lagi, tiada alasan diberikan untuk penolakan berkenaan.
Pejuang pimpinan Dr Mahathir Mohamad turut memfailkan cabaran perundangan serupa tahun ini bagi memaksa menteri berkenaan membuat keputusan berhubung pendaftaran partinya.
Mahkamah Tinggi lain membenarkan permohonan semakan kehakiman Pejuang Jun lalu, dan mengarahkan Hamzah membuat keputusan mengenai pendaftaran dalam tempoh 14 hari.
Hamzah mematuhi perintah mahkamah itu dan kemudian meluluskan pendaftaran Pejuang.
............oo000oo...........
PENAFIAN
1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
No comments
Post a Comment