NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kerajaan PN Johor bakal tumbang?

Setiausaha BERSATU Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal

JOHOR BAHRU: BERSATU Johor mendesak UMNO negeri itu menyatakan pendirian terhadap kepemimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Setiausaha BERSATU Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal, berkata sehingga kini pihaknya masih menanti kenyataan dari UMNO Johor berhubung perkara itu.

"Kerjasama dengan UMNO Johor setakat ini masih berlangsung, namun kita tunggu kenyataan dari pusat, jika pusat mengarahkan kita untuk menarik sokongan, kita akan tarik sokongan.

"Tetapi apa pun kita kena berkhidmat untuk rakyat, peperangan sekarang adalah peperangan dengan COVID-19 bukan peperangan dengan mencari kekuasaan," katanya ketika ditemui ketika mengadakan lawatan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Jubli Intan Muar, dekat Muar.

Dr Sahruddin yang juga Setiausaha Badan Perhubungan Perikatan Nasional (PN) Johor, berkata pihaknya juga akan menghantar surat kepada pucuk pimpinan bagi menolak kerjasama dengan dua Ahli Parlimen Johor yang menarik sokongan kepada kerajaan PN dan Perdana Menteri.

Mereka ialah Ahli Parlimen Pontian, Datuk Ahmad Maslan (Pontian) dan Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said yang juga Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO sebelum ini dilaporkan sebulat suara menarik sokongan kepada kerajaan PN dan Perdana Menteri.

Daripada 56 kerusi DUN Johor, UMNO dan DAP masing-masing memiliki 14 kerusi, BERSATU (12), MIC (dua), PAS (satu) sementara AMANAH (sembilan) dan PKR pula (empat).

Kerajaan Johor memiliki majoriti tipis dengan 29 kerusi, berbanding 27 kerusi di blok pembangkang.

- BH


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo