P Ramlee berserta dengan Osman Ahmad (kiri), Yusoff B (tengah) dan A.Rahim (kanan), sedang pekena kopi di warong Siput atau lebih dikenali sebagai Hollywood Cafe. |
BILA OTAI MUZIK LEPAK DI WARONG SIPUT.....MACAM2 IDEA KELUAR
Kelihatan dalam gambar, P Ramlee berserta dengan Osman Ahmad (kiri), Yusoff B (tengah) dan A.Rahim (kanan), sedang pekena kopi di warong Siput atau lebih dikenali sebagai Hollywood Cafe. Mereka sedang berehat selepas sessi rakaman lagu untuk filem ALI BABA BUJANG LAPOK. Di warong ini juga mereka lepak untuk mencari idea sebelum masuk studio rakaman, dan di sini juga mereka akan lepak berjam2 selepas rakaman atau shooting..
Bagi lagu2 untuk filem ini, P Ramlee selaku pencipta, penggubah muzik dan penyusun orkestra. Osman Ahmad bermain violin dan piano, Yusoff B bermain mandolin dan saxophone, manakala A.Rahim bermain percussions, drums, bongo dan tambourine.
Dengan sentuhan magika otai2 ini maka terzahirlah lagu2 seperti Ya Habibi Ali Baba, Beginilah Nasib, Alhamdulillah, Di Waktu Pagi, Apek Dan Marjina, dan Lagu Penyamun.
fonzz
12.8.2021
Sumber : FB Famili artis-artis lagenda
............oo000oo...........
PENAFIAN
1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
No comments
Post a Comment