Shuib baru dimaklumkan keadaan Siti Sarah oleh doktor yang merawat isterinya. |
Kuala Lumpur: "Saya baru dimaklumkan oleh doktor yang keadaan Sarah tidak okey," kata pelawak Shuib mengenai keadaan terkini isterinya, Siti Sarah yang berada di unit rawatan rapi (ICU), Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), di sini.
Shuib berkata, tahap oksigen Siti Sarah kini menurun kepada 40 peratus.
"Sebelum saya masuk sesi siaran langsung ini, doktor baru saja menghubungi saya memaklumkan keadaan Sarah sangat tidak baik.
"Dia punya oksigen tinggal 40 peratus. Doktor sedang berusaha sebaik mungkin," katanya ketika sesi siaran langsung bacaan Yasin dan doa untuk penyanyi itu.
Shuib dilihat gagal menahan air mata daripada terus mengalir dan meminta agar majlis bacaan Yassin dimulakan dengan segera supaya dapat mendoakan isteri tercintanya.
Bacaan Yassin dan doa itu diketuai oleh Uztaz Ahmad Tarmizi Abdul Rahman.
Lebih 900 orang menyertai bacaan Yassin berkenaan yang sedang berlangsung secara maya ketika ini.
Semalam, Shuib memberitahu keadaan Siti Sarah yang ditiarapkan dengan harapan oksigen dan paru-paru boleh bekerjasama.
Katanya, sama-sama kita doakan semoga Siti Sarah berada dalam keadaan normal dan diberikan kesembuhan secepat mungkin.
- HMetro
............oo000oo...........
PENAFIAN
1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
No comments
Post a Comment