NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Jangan 'campak' Anwar hanya kerana gagal jadi PM

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim
JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan (PH) tidak seharusnya 'mencampak' Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas gagal dalam persaingan untuk menjadi Perdana Menteri kesembilan.

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim berkata, khidmat Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu masih diperlukan PH terutama dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Bekas Pengerusi PKR Johor itu berkata, desakan supaya Anwar meletak jawatan dan memilih orang lain untuk memimpin PH tidak wajar hanya kerana beliau kalah dalam persaingan menjadi Perdana Menteri.

"Ini semua 'nonsense'. Cakap-cakap seperti itu datang dari 'deep state' iaitu musuh PH yang memang hendak menghancurkan PH dan Anwar. Anwar Ibrahim sudah jadi Perdana Menteri hari ini jika dia tunduk terhadap tuntutan kluster mahkamah daripada UMNO.

"Anwar tidak berkompromi. 'Rule of law' atau kedaulatan undang-undang mesti dipelihara, dijunjung dan dihormati. Mahkamah tidak boleh diganggu. Perjalanan proses keadilan tidak boleh dicemar. Itu sikap dan pendirian tegas Anwar," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Jelasnya, Anwar tetap mempertahankan idealisme reformasinya yang diketuainya lebih 23 tahun lalu dan bukan jawatan atau keberahian kuasa Perdana Menteri.

Katanya, Anwar memilih kepentingan rakyat dan negara pada jangka panjang bukannya kepentingan peribadi untuk jangka pendek.

"Saya bukan macai Anwar Ibrahim. Saya pengkritik lantang Anwar dalam dan luar parti, secara terbuka atau secara secara peribadi. Kalau tak percaya, boleh tanya Anwar sendiri. Banyak insiden saya menentangnya," katanya.

Sumber : Sinarharian 


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo