NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Jajaran baru ini bukan mitos malah realiti

Mastura Yazid, ahli parlimen Kuala Kangsar

JAJARAN BARU BUKAN MITOS MALAH REALITI.
Kenyataan oleh Nurul Izzah ini jelas menunjukkan ada usaha yang bersungguh-sungguh untuk mewujudkan koalisi baru demi pembentukan satu JAJARAN BARU  yang mampu membentuk sebuah kerajaan.

JAJARAN BARU INI BUKAN MITOS MALAH REALITI.!!
Kita tidak hairan akan usaha oleh Pakatan Harapan, PH untuk kembali berkuasa namun apa yang mengecewakan apabila ianya disambut oleh kumpulan2 tertentu dengan penuh proaktif dari UMNO samada menyedari atau tanpa menyedari akan mengakibatkan sebuah Kerajaan Melayu Islam di jatuhkan. 
Saya pernah menyatakan kebimbangan kepada kalangan rakan-rakan kepimpinan akar umbi, betapa RASIONALISASI untuk menerima DAP dan DSAI sebagai PM sedang disusun. 

Kemuncaknya apabila keputusan dasar sebenar PAU melalui USUL oleh YAB Menteri Besar Perak utk terus bersama Perikatan Nasional, PN sehingga bubar parlimen telah dinafi oleh ucapan-ucapan penangguhan yang sepatutnya menjadi alat penambahbaikkan parti sebaliknya menjadi ‘anjakan’ kepada perwakilan dan ugutan kepada ahli-ahli yang berada dalam kerajaan.

Ini soal mempertahan Agenda Melayu demi mempertahan Syiar Islam dan Kedaulatan Raja-Raja Melayu. Saya tidak rela mengizinkan LIBERALISASI melintas didepan mata saya, masuk ke sistem pemerintahan negara dari pintu tengah tanpa berbuat apa-apa. Biar saya dikecam dihina oleh generasi Siber hari ini, jangan saya dipersoal oleh generasi waris pejuang kita akan datang.

.....Hingga Hujung Nyawa!
‎ŁˆَŁ…َŲ­ْŁŠَŲ§ŁŠَ ŁˆَŁ…َŁ…َŲ§ŲŖِŁŠ ِļ·²ِ Ų±َŲØِّ Ų§Ł„ْŲ¹َŲ§Ł„َŁ…ِŁŠŁ†َ


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo