NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Ismail Sabri perlu bentuk Kabinet yang ‘bebas’ – PAS Johor

JOHOR BAHRU: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob perlu membentuk barisan Kabinet yang bebas daripada sebarang kes mahkamah atau berkepentingan peribadi dalam pasukannya.

Ketua Penerangan Pas Johor, Rusman Kemin berkata, perkara itu bukan sahaja perlu untuk mengekalkan pentadbiran yang bersih dan integriti, bahkan mampu membawa keluar segera negara dari pandemik.

Kata beliau, sekiranya Kabinet yang dibentuk bebas daripada sebarang unsur itu, ia pasti membuahkan hasil yang cemerlang dalam menangani penularan Covid-19 tanpa mengenepikan kebajikan rakyat.

“Diharapkan Perdana Menteri dapat mengekalkan kecemerlangan kerajaan Perikatan Nasional (PN) serta membentuk sebuah Kabinet yang bebas dari sebarang kes mahkamah dan kepentingan peribadi.

“Pencapaian 50 peratus dos kedua untuk penduduk dewasa menunjukkan kita berada di atas landasan yang tepat,” katanya di sini hari ini.

Pada pukul 2.30 petang tadi, Ismail Sabri yang juga Ahli Parlimen Bera mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Ke-9 di hadapan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara.

Ia selepas Naib Presiden UMNO itu mendapat majoriti sokongan ahli Dewan Rakyat susulan perletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin, Isnin lalu.

Dalam pada itu, Rusman menggesa semua pihak khususnya pembangkang agar menghormati keputusan Yang di-Pertuan Agong melantik Ismail Sabri.

“Ia bagi membolehkan kerajaan meneruskan segala usaha untuk menangani pandemik Covid-19, memulihkan ekonomi dan memperkukuh perpaduan dalam negara.

“Semoga Allah SWT sentiasa memandu Datuk Seri Ismail Sabri dalam menjalankan tugas dan mengembalikan kestabilan politik di negara yang tercinta,” katanya. – UTUSAN


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo