Video lelaki berusia 61 tahun tersebut yang mengeluarkan kata-kata kesat kepada Menteri Besar Kedah tular di media sosial sejak Ahad. |
Sungai Petani: Seorang lelaki warga emas yang memuat naik video menghina Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Noor di laman sosial Facebook (FB), baru-baru ini, ditahan polis di Lenggeng, Negeri Sembilan awal pagi hari ini.
Lelaki berusia 61 tahun terbabit ditahan pada 3.57 pagi susulan laporan polis yang dibuat Pegawai Khas Menteri Besar Kedah semalam.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, lelaki itu yang menggunakan akaun 'Kamal Hero Malaya' di Facebook dipercayai memuat naik video berdurasi kira-kira sembilan minit mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Muhammad Sanusi.
Menurutnya, sepasukan anggota dan pegawai Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda kemudian berjaya mengesan dan menahan lelaki itu di rumahnya.
"Dalam serbuan itu, polis turut merampas telefon bimbit milik lelaki itu dan pemeriksaan mendapati dia turut memiliki rekod lampau yang masih disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.
"Lelaki itu kini direman dan akan dibebaskan dengan jaminan polis selepas keterangannya diambil," katanya dalam kenyataannya, hari ini.
Adzli berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.
"Kami akan lengkapkan kertas siasatan secepat mungkin dan akan dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan selanjutnya," katanya.
Difahamkan, suspek yang dibawa ke IPD Kuala Muda dalam keterangan awalnya mengaku memuat naik naik video berkenaan.
............oo000oo...........
PENAFIAN
1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
No comments
Post a Comment