Sesungguhnya peristiwa Hijraturrasul yang berlaku 1443 tahun dahulu adalah satu titik tolak yang penting kepada proses kesempurnaan agama Islam. Syariat Islam yang diturunkan oleh Allah S.W.T ke atas Nabi Muhammad S.A.W bermula di Makkah. Ia tidak sempurna hanya sekadar berada di Makkah, tetapi ia menjadi satu syariat yang lengkap setelah berlaku peristiwa Hijrah.
Setelah berangkatnya Nabi Muhammad SAW dan para Sahabat R.A daripada Makkah ke Yathrib, mereka bukan semata-mata membawa diri, jasad, jasmani dan fizikal untuk berada di Yathrib, bahkan juga turut membawa fikrah, akidah dan syariat yang diturunkan oleh Allah SWT ke atas umat Islam.
Justeru itu, diturunkan ayat-ayat ke atas Nabi Muhammad S.A.W untuk menyempurnakan syariat Islam, iaitu wahyu berkaitan dengan politik kenegaraan, tanggungjawab pemerintah kepada rakyat, rakyat kepada pemerintah, hubungan Negara Islam dengan orang-orang bukan Islam atau yang berada di luar Negara Islam, hubungan Negara Islam semasa damai dan semasa perang.
Diturunkanjuga ayat-ayat yang berkaitan dengan perang, damai, perundangan Islam seperti hudud dan qisas. Disempurnakan syariat Islam di dalam perkara-perkara yang berkaitan muamalat, munakahat dan lain-lain lagi.
Setelah 13 tahun Nabi Muhammad S.A.W berada di Makkah, seterusnya disempurnakan 10 tahun keberadaaanya di Madinah, maka lengkaplah syariat Islam. Lalu Allah S.W.T menurunkan ayat-Nya ke atas Nabi Muhammad S.A.W sebelum diwafatkan Baginda.
Ł±ŁۡŁَŁۡŁ
َ Ų£َŁۡŁ
َŁۡŲŖُ ŁَŁُŁ
ۡ ŲÆِŁŁَŁُŁ
ۡ ŁَŲ£َŲŖۡŁ
َŁ
ۡŲŖُ Ų¹َŁَŁۡŁُŁ
ۡ ŁِŲ¹ۡŁ
َŲŖِŁ ŁَŲ±َŲ¶ِŁŲŖُ ŁَŁُŁ
ُ Ł±ŁۡŲ„ِŲ³ۡŁَٰŁ
َ ŲÆِŁŁٗŲ§ۚ [Ų³ŁŲ±Ų© Ų§ŁŁ
Ų§Ų¦ŲÆŲ© : Ł£]
“Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmat kepada kamu dan Aku telah redha Islam itu menjadi agama untuk kamu.” (al-Ma‘idah: 3)
Syariat Islam yang telah dilaksanakan oleh Nabi Muhammad S.A.W ini telah membuktikan betapa ia adalah satu syariat sangat adil kepada seluruh alam, bukan sahaja kepada manusia. Syariat Islam yang dilaksanakan oleh Nabi Muhammad S.A.W ini juga telah terbukti berjaya menyelesaikan permasalahan-permasalahan manusia pada ketika itu.
Syariat Islam ini juga telah menjadikan umat Islam sebagai umat yang hebat, digeruni dan berjaya mengeluarkan manusia daripada kegelapan jahiliyah kepada cahaya iman dan Islam.
Setelah 1443 tahun berlalunya peristiwa Hijrah, maka menjadi kewajipan kepada umat Islam pada hari ini menilai kedudukan mereka. Adakah kedudukan mereka sama seperti generasi awal Islam yang menjadi contoh dan teladan kepada seluruh manusia atau sebaliknya ?
Realiti yang kita lihat kepada umat Islam pada hari ini, walaupun disambut peristiwa Hijrah ini saban tahun, tetapi sedikit sahaja mengambil iktibar dan pengajaran daripada peristiwa Hijrah yang berlaku di zaman Nabi Muhammad SAW.
Umat Islam perlu kembali berpegang kepada syariat yang lengkap dan sempurna ini untuk menjadi umat yang hebat dan digeruni. Dahulu, orang-orang Arab yang diutuskan Nabi Muhammad S.A.W kepada mereka adalah bangsa dan kaum sering berperang di antara satu sama lain dan mereka sanggup membunuh anak-anak perempuan mereka demi untuk menjaga air muka.
Lalu mereka mereka menjadi bangsa dan kaum yang hebat setelah mereka berpegang dengan syariat Islam dan menjadikan Islam sebagai asas dan panduan kepada kehidupan mereka.
Apabila mereka meninggalkan syariat Islam, kembalilah mereka menjadi bangsa yang dipandang hina. Walaupun kaya raya dikurniakan oleh Allah S.W.T dengan nikmat dan rezeki melimpah ruah, tetapi menjadi bangsa yang hina dan ke belakang serta dipergunakan oleh musuh-musuh Islam, kecuali mereka yang dipelihara dan dijaga oleh Allah S.W.T.
Walaupun syariat Islam tidak diturunkan hanya kepada satu bangsa, keturunan atau baka, tetapi realitinya syariat Islam ini memenuhi fitrah kejadian manusia daripada setiap bangsa, keturunan dan baka mana sekalipun mereka itu.
Jika sekiranya mereka berpegang dengan syariat Islam, mereka akan menjadi bangsa dan keturunan yang hebat tetapi apabila mereka meninggalkan syariat Islam, mereka akan dihina dan tiada kemuliaan oleh Allah S.W.T.
Dahulu, bangsa Arab adalah sangat hebat apabila mereka berpegang dengan syariat Islam. Setelah mereka meninggalkan syariat Islam, mereka menjadi bangsa yang hina, lalu diganti dengan bangsa Kurdish.
Al-Sultan Salahuddin Al-Ayubi daripada bangsa Kurdish memimpin umat Islam sehingga berjaya mengembalikan kegemilangan Islam mengalahkan Tentera Salib dan membebaskan Baitulmaqdis daripada tangan orang-orang Kristian.
Lalu kemudiannya mereka juga meninggalkan syariat Islam hingga akhirnya mereka juga menjadi bangsa yang hina.
Lalu Allah S.W.T menggantikan pula dengan bangsa Turki yang memimpin umat Islam. Bangsa Turki berjaya menyebarkan syariat Islam ke seluruh pelusuk dunia dan menjadi satu bangsa hebat setelah mereka berpegang dengan syariat Islam.
Hari ini umat Islam tidak mempunyai kepimpinan, mereka umpama anak-anak ayam yang kehilangan ibunya. Mereka diratah, dihina, dizalimi dan ditindas oleh musuh-musuh Islam di serata pelusuk dunia dan tidak ada sesiapa yang membela mereka.
Dahulu di zaman kegemilangan Islam, apabila terdapat seseorang daripada kalangan umat Islam yang dizalimi dan ditindas, maka nasibnya akan dibela dan diperjuangkan.
Hari ini ratusan ribu, bahkan jutaan nyawa umat Islam yang tergadai seperti umat Islam di Palestin, bangsa Rohingya di Arakan, Myanmar di mana mereka dibakar hidup-hidup, umat Islam di Kashmir, Iraq, Syria, Afghanistan dan Yaman dimana nyawa mereka seperti tidak ada nilai pada pandangan manusia.
Bukan sekadar itu sahaja, Islamofobia yang berlaku diseluruh dunia ketika ini sebenarnya memaparkan kelemahan umat Islam dan akibatnya apabila meninggalkan syariat dan ajaran Islam yang sebenar.
Dengan meninggalkan syariat dan ajaran Islam yang sebenar, umat dan Dunia Islam akan dipandang sepi dan hina. Maka tidak hairanlah walau sekuat mana sekalipun kita menentang Islamofobia tetapi jika kita meninggalkan syariat dan ajaran Islam yang sebenar, ia tidak akan berjaya mematahkannya.
Namun sebenarnya, maksud Hijrah itu sendiri sangat mendalam dan jika dihayati dengan sebetulnya, ia mampu memberikan kekuatan dan keyakinan yang jitu kepada umat dan Dunia Islam dalam menempuhi cabaran yang berliku di dunia ketika ini.
Peristiwa Hijrah itu sendiri sebenarnya memberikan maksud penyatuan, kesepaduan dan kegemilangan ummah. Peristiwa Hijrah juga sebenarnya memberikan maksud bahawa umat Islam akan lebih kuat, kukuh dan berjaya jika bersatu - padu dan berkerjasama dalam membina tamadun manusia khususnya tamadun Islam.
Hijrah Nabi Muhammad SAW daripada Makkah ke Yatrib telah menyatukan umat dan bangsa ketika itu, yang kemudiannya membina dan membangunkan Yatrib ( Madinah ) menjadi Kerajaan Islam yang pertama di dunia.
Daripada kaum dan kabilah yang senantiasa berperang berebut kuasa dan kedudukan, membunuh sesuka hati dan merampas hak serta kebebasan, Islam akhirnya telah membina jati diri dan menerbitkan kesucian dalam diri kalangan orang - orang Arab ketika itu.
Kabilah dan kaum - kaum dikalangan orang Arab kemudiannya bersatu - padu dan membentuk kekuatan yang menjadi asas kepada Kerajaan Madinah ketika itu yang kemudiannya berjaya membangunkan tamadun Islam dan menyebarkan Islam di seluruh dunia.
Islam pada ketika itu gah dan masyhur, umatnya berjaya dan maju malah berjaya melahirkan tokoh - tokoh ternama dalam pelbagai bidang baik dalam bidang sains, ekonomi, falsafah, kejuruteraan dan pelbagai lagi.
Itulah nikmatnya jika memahami maksud Hijrah yang sebenar dan juga berpegang kepada syariat dan ajaran Islam yang sebenar. Tidak akan tercapai hikmah dan nikmat Hijrah yang sebenar melainkan kembali kepada asas dan ajaran Islam yang sebenar termasuk juga bersatu - padu.
Melihat kepada keadaan Dunia dan umat Islam di seluruh dunia ketika ini termasuk keadaan semasa di dalam negara, ternyata kita masih lagi jauh dan tersasar dari maksud dan hikmah Hijrah yang sebenar - benarnya.
Maka, diatas semangat kita berada di dalam bulan Muharram yang mulia ini, menyambut dan memperingati peristiwa Hijraturrasul, marilah bersama - sama kita menjadi umat Islam yang benar - benar kembali kepada syariat Islam.
Seterusnya berusaha untuk membinanya di dalam diri kita, keluarga kita, masyarakat dan negara kita untuk berpegang dengan syariat Islam yang sebenar dengansempurna dan lengkap. Maka insya-Allah kita akan menjadi suatu ummat yang hebat sebagaimana di zaman kegemilangan Islam dahulu.
ŁَŁ
َŁ ŁَŲØۡŲŖَŲŗِ ŲŗَŁۡŲ±َ Ł±ŁۡŲ„ِŲ³ۡŁَٰŁ
ِ ŲÆِŁŁٗŲ§ ŁَŁَŁ ŁُŁۡŲØَŁَ Ł
ِŁۡŁُ ŁَŁُŁَ ŁِŁ Ł±ŁۡŲ£ٓŲ®ِŲ±َŲ©ِ Ł
ِŁَ Ł±ŁۡŲ®َٰŲ³ِŲ±ِŁŁَ ŁØŁ„ [Ų³ŁŲ±Ų© Ų¢Ł Ų¹Ł
Ų±Ų§Ł : ŁØŁ„]
“Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya dan dia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi.” (Ali-Imran: 85)
Islam Memperkukuh Perpaduan.
YB Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hsdi.
Pengerusi Lajnah Hal Ehwal Antarabangsa dan Hubungan Luar PAS Pusat.
ADUN Batu Buruk.
............oo000oo...........
PENAFIAN
1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
No comments
Post a Comment