NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

GP Malaysia dibatalkan lagi susulan pandemik




KUALA LUMPUR: Perlumbaan Grand Prix (GP) Motosikal Malaysia 2021 yang dijadualkan pada 22 hingga 24 Oktober di Litar Antarabangsa Sepang dibatalkan berikutan situasi semasa pandemik COVID-19 serta sekatan perjalanan dilaksanakan Malaysia.

Pembatalan berkenaan diumumkan oleh Persekutuan Motosikal Antarabangsa (FIM), Persatuan Pasukan Perlumbaan Jalan Raya Antarabangsa (IRTA) dan Dorna Sports, pemegang hak eksklusif komersial dan televisyen MotoGP dalam kenyataan bersama hari ini.

"Kejuaraan Dunia FIM MotoGP berharap dapat kembali ke Sepang pada 2022 untuk perlumbaan di hadapan peminat Malaysia yang sangat berdedikasi," menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, bagaimanapun perlumbaan MotoGP pada tarikh berkenaan akan kembali diadakan di Litar Dunia Misano Marco Simoncelli.

Sementara itu, SIC dalam kenyataan berasingan menegaskan bahawa meskipun melalui pelbagai cabaran, pihaknya optimis dan berharap dapat menganjurkan perlumbaan berprestij itu pada kalendar 2022.

SIC turut berterima kasih kepada Dorna Sports, Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Kementerian Kesihatan (KKM), Majlis Keselamatan Negara (MKN), pihak berkuasa tempatan, rakan kongsi dan peminat sukan permotoran atas sokongan berterusan.

Pembatalan perlumbaan edisi 2021 adalah yang kedua berturut-turut selepas GP Malaysia 2020 yang dijadulkan pada Oktober tahun lepas, turut dibatalkan berikutan pandemik COVID-19.

Sumber | BERNAMA

............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo